Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Monday, November 28, 2005

FULL HOUSE BUKAN OPENHOUSE

last weekend hari yang paling seronok utk aku coz wholl my family dari melaka dtg rmh.. first dlm perancangan ma & pa je nak dtg 2 kete bwk adik2, atok and mak (nenek) je..tu pun last minit bg tau nak dtg rmh aku(jumaat mlm) coz on saturday and sunday tu mmg ma&pa tk keje jd saje nak bwk mereka jenjalan kat sini. Than jumaat mlm tu mula lah tugas aku nak prepy rmh (kemas rmh yg dah berminggu2 bersepah coz setiap minggu je ade hal tak jd kemas rmh). Mula dari hall rmh, bilik, balconi, dapur dan last, toilet. Peh... pnt jugek lah mengemas, hubby... dia biasalah dgn habbit dia. Dari blk keje, mandi, mkn, than tgk tv, siap baring kat sofa lg. bkn nak tlg aku. Aku le sengsorang kemas rmh tu..(sib baik apatment tu kecik je..). Dari mlm tu dah dok pikiq ape nak masak sok ni... Tgh hari sabtu tu ma call

ma : kak nanti ma nak betolok dr melaka mkin pukul 3.00p.m kot.... adik bwk kete satu lg tu..mkn lambat skit kot sampai sebab nak konvoi dng adik..dia fill jln nak gi rmh kau.
aku: ye lah...bebaik bwk kete tu.. sampai tol bg tau lah. takyah singgah mkn tau nanti mkn kat rmh.
ma : kau tak yah masak, ma dah siap masak ni bwk utk kau. Kau msk nasik ngan kuah sayur je tau..
aku : aik siap masak dr rmh knp takut tak bg mkn ke..
ma : piok rmh kau tu kecik2 je maklum lah tgl pun bedua..
aku : yup...(dlm hati sib baik ma aku tu paham..)


dlm pkl 4.30 tu ma call lagi...

ma : kak ma dah nak kuar tol ni...
aku : dah sampai tol sg. besi ke..?
ma : blm lagi.. ni baru nak kuar tol ayer keroh..!!
ma: kau dah siap masak ke...
aku: blum lg..
ma: kau masak nasi tu lebih skit tau..buat le tambah2 lauk skit.
aku : wah cam le ramai sgt nak dtg rmh org ni
ma : ramai ni ade 4 bijik kete.. pak ngah & family, busu&family pun ikut gak} (ni 1st time dtg rmh baru aku)
aku: biar betul ni....(dlm hati alamak ramai nya nak serang rmh aku ni.)

so lepas tu je, bermula lah aktiviti aku br joget kat dapur tu memasak(nasib baik bahan2 sumer dah siap tggl masak je). pkl 6.30p.m siap sumer 3 jenis lauk tu...
dlm pkl 7.00 diorg pun sampai. Alah biasalah bila berkonvoi tu mesti lewat skit tiba..ade yg sesat jln, berhenti2 tu tah berapa kali(biasalah bwk bdk2). Masuk je rmh penoh dah hall rmh aku. Aduh rasanya menyesal lak sewa rmh kecik2 ni. Tp nasib bik ade gak rmh nak sewa ni kalu tak kat ne le aku ddk skrg ni..
hubby dah pening ialah kuarga dia pun tak besar...adik beradik pun dua tiga kerat je..sumer pun pendiam gak..kuarga aku lak kalu berborak tu org kalu tak kenal ingat kitorg bergaduh...(ckp staill kuat2 gak). Dalam pkl 8.30, cousin aku lak dari shah alam dtg satu family..mak sedara aku kat gombak tu pun dtg gak bwk anak cucu dia. Aduh bertambah penuh rmh aku.bak kata ma, tak dtg..tak dtg..sekali dah dtg penuh rmh aku FULL HOUSE... aku pun apalagi happy semacam le..sekurang-kurangnya ade gak sedara aku yg nak datang rmh aku. Bila dah ramai sgt tu terpaksalah letak kusi meja,sofa sumer kat koridor . Biasanya rmh aku ni sunyi sepi je..bila dah bising2 cam ne sumer jiran2 tetangga ingatkan rmh aku ade kenduri or open house (maklumlah hari raya). Ade sorang dua anak jiran aku yg dok menebing kat luar rmh. Ialah diorg ingat aku wat oponhouse tak jemput mereka...oitttt ni bkn rmh terbukalah..ni pintu yg terbuka. terpaksalah aku dok terangkan pd jiran2 yg kjb2 lalu-lalang kat pan rmh aku tu, takut diorg sume kecik hati... Bila tgh mlm dah melabuhkan tirai... it's time untuuuk tidooooo.....bila cousin dan auntie sumer dah balik, kemas2 rmh yg mana patut lepas tu masa nak susun atur tempat tido lak. Nasib baik mereka ni tak cerewet sgt. Sumer mana letak je habis terlelap. Separuh tido kat bilik, ade tu kat bolconi pun boleh tido.
Bila dah pg lain lak cite... masa nak mandi pulak. masing2 tepaksalah menunggu giliran nak mandi, untuk elak kan masing2 berebut, toilet bilik aku lah jd mangsa...tak sal le janji tak belecak(kotor) bilik tido aku tu dah le... so pg2 aku dah bangun siapkan kan sarapan..buat air,nasik goreng.etc . diorg ni pun mkn tak susah..beli je roti canai 30pcs, nasik lemak skit, kueh dua tiga jenis dah cukup diorg mkn habis licin.Tgh hari tu kitorg serang lak rmh antie aku kat gombak lah coz dah telanjor sumer ade tu dia nak buat kenduri doa selamat skit. Tu tak yah nak jemput org lain pun, sedara-mara pun dah 10 dulang. Semalam lepas je gi jenjalan diorg pun terus bertolak balik lah ( pkl 9.00pm). Bila sume dah bertolak balik aku apa lagi....dengan misi aku terus mengemas rmh yg dah mcm tongkang nak belayar tu. Seb baik lah sebelum balik tu ma & mak busu dah tlg kemas kan separuh, jg tinggal yg belance tu aku settle kan. Pkl 12.30p.m je selalai le misi aku, so hari ni blk je keje tak le rmh bersepah2. Walaupun penat (Penat berjalan, penat layan kerenah masing2, penat mengemas rmh) tapi aku hapy sangat.. Hapy sebab dpt berkumpul ramai2.

Thursday, November 24, 2005

Holiday punya planning...

td pagi ma ade call tanya ttg planning kitorg wholl famili nak gi holiday tu... munkin cuti hari raya haji nanti kot. Ma ngan Pa dah planing this hari raya haji nak balik kg ma kat ipoh dah lama tak balik. Last balik pun tak silap bln mei yg lepas(tu pun sebab ma nak buat kenduri skit kat sana). Masa balik kg last weekend kitorg adik-beradik ada bincang nak gi holiday satu famili lepas balik kg ma (semperna cuti hari raya haji. maknanya terpaksalah aku amik cuti 5h berturut2) tp tak tau nak gi mana. ade gak adik aku reques nak gi pulau langkawi. My ma pulak cadangkan kitorg sumer gi pulau pangkor coz dah dekat ngan kg aku(lagi pun aku lom penah gi lagi), tp pa pulak bukak cite nak gi GENTING HIGHLAND maklum my pa lum penah gi lagi(dulu ajak tak nak gi,Sejuk lah,tinggi sgt lah,ect) Adik2 aku bila dgr nak gi GENTING kanmain suke lagi diorg ialah kat sana mcm2 mainan boleh main. Nak peradih duit tu kat sana lah. Aku ni dah selalu gi sana(teman kan hubby keje) dah tak heran sgt. lg pun kalau gi pun aku lebih suke duk kat hotel je. bg aku lak, nak gi genting tu bkn tak le, memandangkan keluarga kami ni besar aku rasa bajet tu lebih lah skit. Kalau dua tiga ribu tu okey lah. Tp tak tau lagi cam ne sbb sumer ni dlm perancangan lagi. Skrg kitorg ade 3 pilihan sama ade nak gi Langkawi, Pulau Pangkor or Genting. Mana satu pilihan kalbu....But kate putus mesti ade sebelum 15 december ni coz senang nak book hotel, nak adjus cuti dll lah. wah pening2. Lepas ni kenalah kompolkan balik duit untuk gi holiday ni plk ye..

Wednesday, November 23, 2005

Dalam keseronok balik kg last weekend, ada perkara yg buat aku tak happy. 1st yg buat kan aku tak happy ditambah lagi dgn kemarahan my hubby adalah kerana cincin tunang kitorang hilang. Aku tk tau cam ne aku ni boleh cuai sgt sampai benda cam tu pun boleh hilang. Pd mula aku dah perasan cincin tu dah longgar skit, than aku sarongkan pd jari tengah supaya tak tertanggal. bila masa nak balik tu baru aku teperasan cincin tu dah hilang, apa lagi marah sakan le my hubby bila dpt tau cincin tu dah hilang. Masa tgh kecoh2 carik cincin tu boleh lak my pa kata mungkin masa mkn tu aku dah tertelan... hampeh tol lah. org tgh risau siap boleh jokes lagi. Org tgh ramai cam tu cam ne nak carik. Kalau ade pun mesti org lain dah jumpa. Kalau mereka dah jumpa alamat kem salam lah aku nak dpt balik cincin tu. so cara terbaik nak reda kan kemarahan hubby, aku janji nak ganti balik cincin tu hujung bulan ni. tapi nak sama peten cam tu susah skit nak cari kot, alah janji aku nak ganti balik dah. dulu pun cam tu gak masa majlis bertandang kat rmh hubby, rantai yg aku pakai tertanggal nasib baik kakak ipar aku yg jumpa, tp rantai je tinggal loket tk tau kat ne hilang. nasib baik lah rantai tu my ma bg (tp syg jugak), kalu rantai khawin...tak tau lah cam ne nasib badan aku. mesti nangis tak berlagu ... . Aku rasa lah kalau rantai khawin lah yg hilang masa tu memang ngamok sakan hubby kot ialah belum seminggu lg rantai tu lekat kat leher aku..
2nd) hari tu ingat blk kg boleh le gi sambung jalan raya balik, Nampak nya terpaksa lah pospon lagi utk raya thn depan lak coz mmg tak de masa nak kluar pun. Biasa lah aku ni dah le jarang bebeno dpt blk kg so bila dah balik tu aku lebih suka dok rmh ngan adik2 and famili aku. Lagi pon masa hari kenduri khawin hari sabtu tu dah penat sgt (kena jadi pelayan kat khemah jemputan) so hari ahad tu pulak lah masa nak balas balik tido dan rehat secukupnya. Jd dlm perancangan hari tu nak gi raya rmh kengkawan terpaksalah di batalkan dan diganti kan dengan hari rehat sekeluarga. Ade le sorg dua kengkawan yg dtg melawat dan beraya kat rmh aku. So same je.... dapat le jugek jumpe yg sorang dua tu. PD SUME KENGKAWAN YG AKU DAH JANJI NAK DTG RUMAH TU SORRY YEK....RAYA THN DEPAN LAK YEK (KALAU UMUR PANJANG LAH...INSYA'ALLAH)

Tuesday, November 22, 2005

Teringat Kisah 10 BUlan Lalu.....

wah dah seminggu tak update blog ni, maklumlah bz skitlah last week. Last weekend aku and hubby blk kg aku tak melaka coz sepupu khawin. Wah seronok nye. Teringat aku masa majlis perkhawinan aku . Walaupun dah 10 bulan majlis berl;angsung tp rasanya mcm baru je kami disandingkan. Aku ni merupaka anak sulung dlm keluarga so mestilah majlis ni meriah sikit (maklumlah nak smbut menantu pertama). Teringat detik2 tu buat aku happy sangat. setiap org mesti impikan sebuah majlis yg gilang gemilang, cam tu jugak aku. Boleh di katakan majlis khawin aku adalah yg paling grend skali kt taman perumahan aku tu. Khemah jemputan je family aku reques 10 buah, tak termasuk khemah pengantin 2 buah. Semua sekali dah jd 12 buah khemah(dah mcm tapak "SURE HEBOH" kat rmh aku tu), semua kengkawan aku yg dtg terperanjat, diorg ingatkan salah rmh siap calling2 aku. Memang ramai jemputan yg dtg masa tu ialah ma&pa aku ramai org kenal. Keluarga aku pun besar gak. Ramai sedara-mara yg datang dari seluruh pelusok malaysia. Aku pun puas hati dgn servis mak andam yg boleh dikatakan 1st class. Semua org puji perubahan penampilan aku hari tu. tak rugi habis beribu utk koz mak andam. Sedara mara, Jiran tetangga, sahaban handai bayak yg menolong semasa majlis berlangsung. Thank's to all of you. Lepas je selesai 2 hari majlis berlangsung (sebenarnya majlis dah bermula seminggu awal dgn acara berkampung) biasa lah "rumah siap pahat berbunyi" adalah sorg dua mak sedara aku yg tak puas hati dgn majlis rmh aku, ada je yg tak kena tak tau lah apa tabit mereka2 ni selalu je nak kondem org. Yg penting lepas je majlis selesai all family puas hati dgn aturcara majlis dan majlis berlansung seperti yg dirancang alhamdullilah. Kini aku sangat bahagia dgn hubby. Aku harap kebahagian ini akan berkekalan sampa bila2. Terima kasih MAMA & PAPA coz merilisasikan impian anakmu satu kenyataan yg akan di jadikan sebuah memori yg indah untuk kenangan masa depan. Pengorbananmu adalah sebuah pengorbanan yg suci dari hati seog ibu dan bapa untuk anaknya.

Monday, November 14, 2005

Hai... hari ni tak tau ape yang nak taip kat sini. What ever pun thanks pd AYU and NERO coz sudi bagi comments. Memanglah aku tetap akan terus merancang ke arah itu, aku percaya suatu hari nanti masa tu akan tiba jua. Aku tetap tak kan putus asa utk berusaha dan terus berusaha...(jeng...jeng...jeng..) kita merancang tuah menentukan. Mungkin ada hikmah disebaliknya...
Dua hari lepas aku ade join OREN nyer blog, kesian aku ngan dia ade skit masalah ngan EN AYAH nya. Sabar lah yek. Aku pun penah hadapi masalah cam dia, di mana My hubby selalu gak lebih kan member dia(tp bukan dari segi kewangan lah). Kadang2 dia sampai tak de masa untuk aku. Biasanya hari cuti adalah untuk famili tp, aku tak pat rasa. Bayangkan lah siang hari keje dari 9.30a.m-6.30p.m.(seminggu tanpa cuti, kalau nak cuti kene apply) Dia balik mandi than makan, pukul 10.00pm kwn call ajak kluar (gi main snoker @ pool). Kalau kwn yg ok tu boleh le aku ikut sekali. Kalau tak tinggal lah aku kat rmh sampai ke pagi esok (3.00am-5.00am baru lah dia balik). Kadang2 sampai aku jd tension gila. tak tau ngan sapa nak ngadu. Keluarga jauh (lg pun aku ni suah nak cite masalah cam ni pd kelaurga) nak cita pd kawan lagi lah tak de. At last aku pendamkan saje.... kadang2 pd dia jugak aku lepaskan marah aku tu...
Tapi sekarang aku tgk ade perubahan sikit pd dia. Jarang jugak dia keluar. Dulu tu boleh dikatakan setiap hari, lepastu seminggu dua X je. Tapi skrg boleh kira lah dgn jari. Adalah sekali dua je dia keluar. Aku harap dia dapat kekalkan prestasi cam tu. Kadang2 member hubby kata aku ni control dia.Memanglah aku kn ctrl dia, coz member dia tu sume bujang dan tokey2 pulak tu(Bos) yg dia tu pulak dah b'bini dan duit yg ada tu pun cukup2 nak guna utk sampai hujung bulan je itu pun kengkadang ade jugek terkucil skit. Aku sentiasa berdoa satu hari nanti dia akan terus berubah dgn cara hidup tu kpd yg lebih sempurna. Mari le kita sumer (yg mempunyai suami2 yg bermasalah cam ni dan seumpama nya) sentiasa berdoa agar suami2 kita akan berubah dan menjadi ketua keluarga yg sempurna untuk keluarga.... AMIN..

Sunday, November 13, 2005

hari ni....

haloo sumer... tau tak cam ne susah nya aku nak up date blog ni.. Payah nak cari up date icon nya maklum lah aku ni bkn nya pandai sangat guna pc ni, setakat nak main game je boleh lah. Hari ni Aku happy sgt coz keje pun 1/2 day and paling happy my sis in low nak dtg rmh, Maklum lah rmh aku tu jarang org nak dtg. Selalu pun just tgl aku ngan my hubby, so klu ade sedara mara or kengkawan nak dtg aku happy sgt. Semlm my cousin dtg gak. hantar kuih raya yg aku order tu. (tak smpat nak hantar sebelum raya hari tu). Aku tgk knp dia ni happy semacam je, aku pun tanya lah rupa2 nya dia ni dah berbadan 2 (baru je 4weeks). Congratulations MIMA... Aku je ni yg tak lekat2 lagi, dah setahun menunggu ni... tension2... Nak kata aku ni merancang tak de, tapi...... tak tau lah mkn belum ade rezeki lagi kot.. Bila aku ajak hubby pegi chek kat klinik, dia kata tak payah mkn belum ade rezeki lagi kot. Tahlah tgk tahun depan lak. Mana Tahu tahun depan ade bajet.
Next week aku nak balik kg. kat melaka sepupu khawin. Than aku nak sambung jalan hari raya kat rmh kengkawan aku yg tak pat pegi hari tu coz 1st day raya my hubby kena demam campak (aku lah pembawa virus tu, tp aku kena masa 1st week puasa) kesian dia sampai tak leh nak bangun pun. At last aku raya je kat rmh. Teman kan dia. Masa nak balik kl lagi teruk. Dia still deman lagi tapi terpaksa bawak kete coz aku tak de driving lesen and also tak reti nak drive. So rela dalam terpaksa lah dia drive. Dari detik tu aku dah niat walau ape pun terjadi next month aku nak ambil driving lesen jugak (aku ni jenis penakut dah 2x ma hantar pergi test tapi aku still tak pegi. Skrg sapa rugi...).Ok lah nanti lain kali lah aku up date balik blog ni... mungkin kalau tak de ape aku update by monday...

Saturday, November 12, 2005

hari ni 1st time join blog ni....

halooo.... hari ni 1st time join blog ni. SElalu asyik baca blog org je akhirnya dapat jugak aku create blog sendiri. pd sumer yg baru terbaca blog ni sila2kan lah bg pendapat & teguran jika ada apa2 yg tersilap. Aku ni jenis yg suka sangat bercerita, aku harap melalui blog ni boleh lah aku berkongsi cerita2 yg menarik yg aku lalui sehari-hari.
Aku skrg ni ade kat office, sementara aku nak tunggu my hubby jemput boleh lah aku tulis sikit kat sini. Masih belum terlewat aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kpd semua. Memandangkan kita skrg berada dlm mood raya, apa kata kalau aku titipkan kat sini pengalaman pertama aku beraya ngan my hubby kat kg dia di N9.
Pengalaman pertama aku ni berbeza. Aku tak sedih pun beraya jauh dari keluarga mungkit coz sejak 1 puasa lagi aku dah berniat thn ni raya nak beraya dgn famili hubby aku kot. benda tu dah set dlm kepala otak aku.. My ma & pa dah cakap kat mana suami aku ajak beraya aku kena ikut. Ma & pa X kesah. So aku ikutlah dia raya kg dia.(maklumlah pertama kali). Masa mlm raya tu aku dah dapat rasa kelainan raya kg sana, maklumlah klu kat kg aku mlm raya dah ramai sedara mara dok berkmpl kg rumah nenek(rmh pusaka/rmh ibu). Tp kat sana yg ada cuma aku suami ister, kak long dan klga (4 Org), my mother in low(MIL), adik ipar(blm khawin) dan nenek dia (wan). kalu dikira cuma 8 org je kat rmh tu. Sedara mara yg lain tah lah langsung tak datang jenguk wan kt kg tu (rmh sumer dkt, dlm kws kg tu je). Nasib baik kami sekeluarga berpakat nak blk raya rmh wan klu tak

first time join blog ni..

halooo... hari ni 1st time join blog ni..selalu asyik baca blog org je. Akhirnya aku dapat gak blok sendiri. Aku ni jenis yg banyak sgt cite nak kongsi sama korang. Aku harap bila dah ada blog sendiri banyak cite akan aku akan create kat sini. So buat hari ni mungkin ni aje kot.