Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, April 21, 2006

Pagi ni asyik round blog org je sampai lupa nak update blog aku. Pg td sebenarnya tak de apa yg nak aku tulis tetiba je lepas mkn ni terus dtg ilham tu. Minggu ni nampaknya dah 3 n3 aku update, tu nama nya aku tgh free + rajin. tu lah ni sumer pasal Kak wani ngan dak ayu dah komplen so aku rajin2 update blog. So lepas ni baca eh jgn tak baca lak.....

Patut nya semalam gaji dah masuk so hari ni mesti dah clear dah boleh tekan. Pg tadi pi cucuk still tak de lg. Haloo bos hari ni dah 21hb lah tak kan le gaji tak masuk2 lg, Aku skrg ni tengah sengkek gila ni. Semalam bkn main poyo lg planing ngan hubby nak gi beronggeng hujung minggu ni. Last2 batalkan je niat tu... Gaji tak de abih cam ne...

Aku nak tanya ade tak sapa2 tau kemana menghilangnya cik UDA yg comel tu ngan si JEM jepun tu. Asyik masuk blog dia still tak berupdate. Uda infom kan yg dia cuti tp tak bg tau pi mana lama lak tu... Jem pulak sejak balik kampung hari tu langsung tak berupdate, Tah dia still ade kat kampung lagi ke atau dah balik jepun aku pun tak pasti. Tah2 dia dah beranak kot tu pasal bz nak mengupdate.. ataupun masa balik jepun hari tu dia salah naik kapal terbang kot...
Yg pasti... skrg ni aku nak sgt tau kabar diorg berdua ni... rindu wei...

oklah what ever pun selamat berhujung minggu lah.....

Wednesday, April 19, 2006

perbualan antara adik & kakak.
(adik : 9thn (kembar: tika & mira) & kakak :21 thn)
(lokasi: rmh mama kat melaka)

kes pertama.
"kak perot ko ni kecik je.. boleh ke baby tu dok dlm tu?"
"mmg le baby ni blom besar sgt"
"nanti baby tu besar cam are-are eh..."
"Ye.."
"abih cam ne dia nak kuar...?"
kakak terdiam
adik sedia menanti jwp dr kakak
akhirnya jwpn yg kuar dr mulut kakak...
"nanti dc tu potong le parut kakak.."
dlm hati kakak " mintak2 lah jauh kan ke potong"

kes ke-2
perbualan antara: adik, kakak & mak.
lokasi : rmh atok.

"kau dah berapa bln ni..?"
"4 bln..."
"tp perut ko ni cam kecik je... mkn le byk skit. nanti baby tak sihat baru tau"
"ye leh..."
"ingat nanti dah dkt 8-9 bln tu, masa mandi isap skit air hujung rambut"
Masa ni adik hanya menjd pendengar setia
"nak buat apa..."
"org tua2 dulu, air hujung rambut tu buat selusuh"
Aku diam je lg pun tak paham utk apa air tu
bila mak tgk aku blur je, mak kata
"air selusuh tu utk senangkan masa nak lahirkan baby tu"
"ohhhh...."
adik yg td diam menyampuk...
"akak ingat tu pesan mak, nanti senang nak beranak... tak yah le nak jerit2 masa beranak nanti..."
aku tergamam...
"cam ne ko tau..."
"tu dlm tv ade penah tunjuk.. pompuan tu nangis2 pastu jerit2 masa nak beranak kan baby dia tu... mesti mak dia tak ajar kan isap air hujung rambut"
Aku & mak terus terdiam langsung tak kata apa...

situasi yg buat aku terharu
lokasi : bilik aku kat melaka.

masa aku masuk bilik nak rehat kan badan, aku ternampak satu kad yg di buat dr kertas lukisan. atas kad tu tertulis nama aku ngan hubby.

isikandungan dlm kad tu tertulis :

" kepada: kakak........(nama aku) & Abg......(nama hubby)
Selamat hari jadi. semoga panjang umor. kita nak mintak maaf sbb byk buat
salah kat kakak. kita sayang sgt kat kakak..... dgn Abg......
I LOVE U
" dari : NOOR ATIKAH & NOOR AMIRA.


lepas baca je rasa nak nangis pun ade rasa bangga pun ade. Seorang adik buat cam tu utk kita. rasa cam di hargai walaupun waktu dia membesar skrg aku tak de di sisi dia. Aku rasa kad tu mungkin nak bg masa b'day aku hari tu @ mmg dia buat utk luahkan parasaan dia kat aku. Kad tu aku dah bwk blk kl dan tunjuk kat hubby.. riaksi hubby pun mcm terharu gak..

Monday, April 17, 2006

cuti hujung minggu...

last weekend aku sempat balik melaka jab.. semata-mata nak mkn masak asam tetel ngan masak lemak siput sedut mama. Aku balik sorang je, hubby keje. Ni kali ke-2 aku balik melaka sorang diri naik bus. Aku ambil bus dr kl kol 11 am sampai kat melaka pkl1pm. Niat di hati nak blk melka hr jumaat mlm tp memandangkan byk keje nak kena settle kan kat rmh tu, so aku soh hubby hantar kat pudu sabtu pg tu. Aku sampai melaka papa dah sedia menanti kat terminal bus dgn baby(are-are), wah dah bertambah cute lg are-are skrg ni. terkebil2 mata tgk aku..
Sebenarnya tgh hari tu aku nak ajak mama gi mkn nasik briani, mlm nanti baru aku nak mkn masak asam tetel tu, tp masa aku sampai tu dr pintu rmh aku dah terbau masak asam tetel mama terus je terbuka selera nak mkn..lebih2 lg ditambah sambal belacan ngan ikan kering apa lg melantak le aku tak henggat dunia, Lepas mkn bersantai2 le kat rmh tu, sambil melengkau mcm ulau(tido). Sedar2 je dah ptg (lebih kurang 6pm). Lepas mandi ajak mama gi cari nasik briani alhamdulillah dpt aku mkn walaupun tak byk, cuma amik rasa je. Mcm mana nak mkn byk, nasik yg masuk tghari tu pun belum betul2 hadam lg. tu lah agak nya selera org peknent kan...
Mlm tu aku sengaja je bwk are-are tido ngan aku, boleh gak aku rasa cam ne le ragam budak kecik tido mlm, so mcm traning lah gak. Tp are-are ni tak byk kerenah pun. mlm tak terjaga langsung. Pkl 7 lebih mama kata mmg time dia bangun nak bermain. Pas tu bagi leh mainan patung dia tu nanti dia main sorang2. Dlm pkl 9 bila dah siap mkn ngan mandi dia akan sambung tido balik sampai ke tghari.

Ahad.
lepas je are-are dah tido, mama ngan papa pegi pasar aku start kemas rmh ngan buat sarapan apa yg patut. Dalam pkl 11am aku gi beli tiket nak balik kl. dpt lah tiket kol 7pm. Balik tu terus gi umah atok.. masuk je rumah terus kene marah dulu ni
"Pukul hawaw ko mcm2 nak mkn.. masak tetel lah, siput sedut lah, nasik briani lah.. kat kolumpo tu tak dpt nak cekek ke''
"Nak yg mama masak punya"
" ah lepas ni ko amik no tepon kat dlm tu (baby dlm perut ni) ko tanya apa lg nak, senang nak siap kan"
Aku gelak je... mcm tulah atok aku tu walaupun bahasa dia kasar tp tak de niat, cuma nak bergurau je.
lepas gi rmh atok , gi rmh mak ngah lah sj nak bertanya kabar tak lama lg sepupu aku ifa nak kawin, niat nak jumpa dia tp dia keje lak hari tu. Borak punya borak tak sedar jam dah dkt pkl 5.30 terus balik siap2. sempat lg mkn 2nd round, tapau kan sikit untuk hubby, 6.45 papa hantar kat terminal bus. Sengaja je aku amik bus kol 7pm on the way hubby balik keje lebih kurang 9pm boleh terus jemput aku kat pudu, tp di sebab kan jem teruk kat senawang/seremban aku sampai pudu lebih kurang 10pm. Hubby pulak sempat balik masak nasi ngan mandi..
Pg tadi nak bagun bukan main susah lg, 2hari aku kurang tido sebab dah terlampau seronok sgt ditambah lg dgn penat dlm bus walaupun perjalanan mkn masa 2jam lebih je tp dlm keadaan cam ni mmg tak selesa.

Thursday, April 06, 2006

jeng..jeng..jeng.. aku kembali lagi...

wah dah lama sgt aku tak up-date blog ni... sebenarnya skrg ni aku dah di landa sintom2 malas meg update blog ni. kalo join pun aku just baca blog member2 je cuma adalah satu dua blog aku tinggalkan jerjak... skrg ni mood aku dah kembali kpd sediakala dan dah berdamai ngan hubby. Org kata bergaduh suami isteri ni lumrah kehidupan berkeluarga, bak kata org sesekali bergaduh tu seronok gak. Nasib baik kami ni tinggal sendiri, kalo tinggal ngan family mungkin buruk gak akibatnya. ye lah bila kita dlm keadaan marah banyak suara2 yg akan lebih memburukkan lagi keadaan. oklah stop right now.. sebenarnya hari ni aku nak cita keadaan diri aku ngan baby seminggu ni.

minggu ni genap baby 16week, perut aku pun dah boleh nampak skit lah. Semlm dtg keje pakai le gaun peknent tu tp member tegur bj tu mcm bj tido, sebabnya bj tu besar sgt (lepas ni sumpah aku tk nak pakai gi keje lg) lepas tu smlm juga aku paksa hubby pg beli blouse ngan sluar yg besar skit. Skrg ni seluar2 dan bj2 lama sumer dah tok leh pakai lg, even t-shirt pun tok leh nak sarung, bkn bdn aku dah gemuk ye... kalo sarung jg t-shirt tu terjongket dan memburuk kan lg keadaan fizikal aku (maklumlah sumer baby t-shirt). Semlm aku gi beli blouse tu.. hubby cuma tgu kat kete je, so aku sorg yg gi ronda2 cari. kalo gi ngan hubby mmg nak cpt je langsung tok leh nak memilih dan servey. Di sebabkan semlm byk berjln hari ni dtg keje betis aku rasa sakit sgt bila nak memanjat naik ke opis aku kat tinggkat 3 tu. Lepas bfast td amik je minyak angin gosok le sikt kat betis tu pas tu nampak ade satu dua urat biru dah kuar kat dua2 betis tu... aduh sakitnya. Ni baru 4bln esok lusa perut ni dah besar belon nanti cam ne le keadaan aku masa tu nanti.. 2 hari lepas perut aku rasa sakit cam memulas2 berserta ngan rasa senggugut mcm nak priot tu.. mula2 satu jam skali, pastu 1/2 jam skali.. aku dah cuak dah.. jgn jd apa2 dah lah.bila dh btl2 tak tahan ajak hubby gi klinik, doc check tgk tak de apa2 yg serius lah cuma doc ckp mungkin aku stress sgt lah. Ni sumer hubby punya pasal lah...

Mlm td borak2 ngan hubby sebelum tido (bak kata MR lah tgh mentik2) aku tny hubby rasa2 baby ni pompuan ke lelaki... dgn semangat hubby kata kalo boleh dia nak baby perempuan sebab MIL dah de 2 hero skrg nak bg heroin plk. tp aku tak kesah lelaki ke pompuan ke yg keluar ni aku terima janji sehat tubuh badan dan sempurna sifat dah cukup memadai. Hati kecil aku pun mcm kuat je kata kan baby ni pompuan.. tp tgk lah nanti lg 2month buat scan. Semlm juga buat pertama kali aku dgr hubby gelarkan diri dia papa masa borak2 ngan aku, cam sayu je hati aku dgr gelaran tu.. Aku tak tau lah nanti cam ne hubby nak terima situasi bila betul2 dah jd papa sedangkan masa lepas kawin dulu tu pun makan masa 1/2 tahun dia nak berubah dr cara hidup bujang dan dgn cara hidup berkeluarga.. dlm masa tu lah aku ni cuma mkn hati ulam jantung je... harap2 lepas ni hubby boleh berubah sepenuhnya dan dpt jd sorg papa yg penyayang dan bertanggungjawab...

Dalam kata malas nak mengup-date tu habis lah jugak 3 perenggan aku menaip hari ni. oklah sekian shj tulisan aku utk hari ini.. bila aku rajin nanti selalu lah aku megupdate blog ni kalo tak,jwb nya seminggu sekali lah korang sumer dpt membaca blog aku ni walaupun aku tahu tak ramai mana yg dtg menjengah blog ni. Pd sapa yg rajin singgah tu terima kasih byk2.

Sekian, terima kasih