Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, January 26, 2006

tATa.. TitI.. TUtu..

knp lah sejak 2menjak ni aku asyik tertido awal je... nak kata penat sgt, ape le keje yg aku buat sampai penat kat opis ni selain duduk kat dpn pc layan bc blog kengkawan, pas tu buat keje skit lebih kurang than pg bank tu je.. rasa nye tak le penat sgt keje cam tu..tp tiap2 mlm kol 9++ pm aku dah lelap dah. Sindrom ape yg dah jangkit kat aku tu wei.. semlm lg miss tgk cite PUTERI(cite paberet aku tu) masuk ni dah 3x miss...hampeh. Hubby kata dia dah try kejut aku tp aku tido cam kayu tak sedar, kalo bom meletup pun mmg tak sedar.. last2 dia layan tgk VCD.

Semlm aku ade bc blog MR & kak sya pasal first love tu so aku pun try nak buat lah, baru tulis entry tu separuh dah berjurai air mata aku. Jadi aku dah delet kan entry tu. Entry yg aku nak tulis tu bkn lah pasal bf ... tp pasal abg angkat aku masa sama2 keje kat bowling center dulu tu. mmg dah mcm adik beradik dah kitorg. Dia dah meninggal pd thn 2003 masa aku & dia keje sana lg, Sampai skrg aku ingat kenangan tu. Biar lah kenangan tu jd kenangan antara aku dan dia. satu hari nati bila aku dah bersedia aku akan cerita kan. semoga dia damai di sana AL-FATIHAH...

Mungkin ni entry terakhir minggu ni coz start jumaat aku akan bercuti selama seminggu (28/1 - 5/2) so harap2 nanti jumpa lg bila aku masuk keje balik pd 6/2 (hari b'day aku la...) ... so tata..titi..tutu..

Monday, January 23, 2006

CNY

2-3 hari ni kat mana2 pun sibok maklumlah dah nak dkt nak CNY ni. Kalo lalu kat tepi2 jln tu, berderet2 org jual limau sumer berlawan2 herga.. kat radio pulak lagu CNY dah berkumandang.. terasa cam aku lak yg nak raya.. seronok sgt. Dlm keseronokkan (sbb cuti lama oo) terselit gak rasa yg tak seronok nye.. knp..? ssb tahun ni CNY aku tak pat lah nak kutip ANGPAU coz aku dah kawin.. Cam tahun2 sudah dpt lah aku ni mengutip ANGPAU kat rmh kengkawan hubby tak silap ade gak RM500++ . Pastu MR BOSS lak thn tak boleh bg ANGPAU, mak nya baru pass-away. Kata member hubby ikut tradisi cina kena cukup setahun baru family tu boleh sambut CNY alah.. cam berkabong lah tu.. apa2 hal pun insyallah CNY ni aku akan balik Melaka. Mungkin sehari dua kot...

Thanks pd yg dah beri commen about entry baby tu. Setelah dipikir2 dan berbincang dari hati ke hati dgn hubby, kami dah mengambil kata sepakat untuk tidak mengambil baby tu sbg anak angkat. Betul kata blogges sumer, mungkin akan ada masalah yg timbul kemudian hari. Bila aku dgr kak wan & kak wani pun dah peknen ni lah yg buat hati makcik jelous ni.. psst kak wan & kak wani bg lah petua skit (nak kena bg pengeras ke).. start hari ni aku nak tingkatkan usaha lebih skit.. Mana tahu lepas ni aku lak. Ayu, Arena, MR ape tunggu lagi mlm start tau..

Tuesday, January 17, 2006

baby oh baby

Rasanya mcm dah lama aku tak mengupdate blog ni (bkn lama manapun baru seminggu).. tak tau le knp rasa mcm tak de je idea nak tulis. Walau pun aku tak mengupdate blog aku n,i tp aku selalu gak menjengah blog member2. Blog oren dah lama tak berupdate, blog jems pulak tak tau knp masuk je blank, blog mas pulak mungkin bz sgt (maklumlah baru je pindah perlis) sampai hari ni blum update lagi, blog nero pun sama.. tah2 sumer ahli persatuan ibu2 mengandungi ni tak sehat kot. Ada sapa2 yg tau keadaan mereka, sila membuat laporan dr semasa ke semasa. Apa eh nak tulis hari ni... oklah aku nak mintak pandangan korang sumer lah. Sebenarnya cam ni masa hari raya hj hari tu aku sempatlah blk melaka(dpt lah aku beraya kat melaka). mlm aku sampai tu ma ajak aku gi jln raya rmh bakal MIL sepupu aku, family tunang dia ada buat korban pg tu, belah mlm diorg buat kenduri skit... mula2 ingatkan tak ramai pegi last2 dtg 9 buah kereta.. teperanjat org sana (tu baru dtg jln raya,kalo pegi bertandang nanti rasanya nak kena sewa bus ni...). Tgh dok mkn tu aku borak2 lah ngan sepupu aku sorang ni.. aku dgr cerita sorang maksedara aku ni ade leh jg anak org. Dgr cerita mak bapak dia tak nak bela baby tu. Sanggup pulak mak bapak dia serahkan baby ni kat org pulak (baby tu baru 2bulan) dengar cita lg baby tu anak kawan kpd ank dia (H) punya. Dgr pulak satu versi lg tu cucu dia (anak si H tu), tp tak tau mana yg betul sbb sumer kunci mulut tak nak bg tau (konon2 nak berahsia lah) tak pe satu hari nanti kita tau gak.. Esok tgh hari nya mak sedara aku tu muncul lah kat rmh aku kebetulan dia ikut mak sedara aku sorang lg ni hantar adik aku balik sekolah. Dia dtg bwk baby tu.. aku tgk cute sgt, baby tu pompuan lak.. geramnya aku, tp... kuat melalak. Aku ni apa lagi, peluang yg ade aku cuba lah risik2. Kata maksedara aku tu, mak baby tu yg tak nak jg, malas lg boleh biarkan baby tu dlm buaian seharian sampai tengkuk, muka, bontot baby tu merah2 (melecet peluh), mmg tak tau nak jg... tak tau le cam ne mereka ni... org yg tak de anak berposak nak dpt anak, mereka yg di beri kelebihan mempuyai anak langsung tak hargai perluang tu... aku ada gak nak mintak baby tu... tp mak sedara aku kata nanti baby tu dah setahun dua mak dia nak balik.. cam tu senang nye mak dia ni.. aku ada gak bincang ngan hubby pasal nak amik anak angkat tu.. tp hubby kata jg anak org tak sama ngan ank sendiri... mmg betul kata hubby tu.. tp kalo betul lah baby tu anak sedara aku, apa salah aku jg kan bukan nya org lain.. aku pun bkn apa niat aku sebenarnya, mana tau lepas aku dah amik anak org lepas tu ade rezeki aku tup..tup ngandong anak kembar (maklumlah aku ni ada baka kembar).. cam maksedara aku dulu tak de anak pompuan, lepas tu amik anak pompuan kakak dia lepas dua tahun rezeki dia dpt anak pompuan. Kengkadang budak2 ni ade bwk rezeki masing2. Cam ne pandangan korang.... patut tak aku amik anak angkat ni...

Monday, January 09, 2006

hari raya aidiladha...

Aku tak tau lah cam ne aku nak tulis entry ni.. sebenarnya aku kini dlm keadaan yg bengang sgt sbb nya, ingat kan raya hj thn ni dpt balik kg ma kat ipoh tp disebabkan kete adik aku baru je exsiden last weekend so sumer perancangan terpaksa dibatalkan.. itu satu hal, lg satu hal pulak disebabkan tak jd blik kg ipoh so hubby ckp blk kg dia(patutnya ry ni blk rmh aku lah, aku mengalah) , so aku pun kata oklah sbb dah lama tak blk rmh MIL. So segala perancangan di buat... tup..tup br kjb tadi hubby call kata kak long(SIL) suruh terus gi rmh nenek, MIL aku ajak beraya kat sana lah pulak... dah le raya puasa tu pun beraya kat sana, ni ry hj pun nak beraya kat sana.. Suasana raya nya mmg tak seronok sgt, aku tak boleh terima. Rasanya balik beraya kat kg sana mcm balik bercuti je.. tak de apa2 pun. Mmg lah ade nasi impit, kuah kacang, rendang, dan menu istimewa lemang tp.. bg aku sumer tu tak de makna kalau tak de suasana hari raya tu.. kalau kat rmh family aku, mlm raya mesti nak gi berkompul ramai2 ngan sanak saudara kat rmh nenek aku sebab bg kami hari raya adalah suatu majlis keramaian utk keluarga.. tp mcm keluarga hubby lak walau pun sanak saudara ramai tp mereka ni sumer tak satu hati.. kau buat hal kau, aku buat hal aku.. cam tu lah gamaknya... bkn aku nak buruk kan sesiapa tp, tu lah pandangan aku pd kuarga hubby. Lg satu bila hubby dpt blk beraya kat kg nenek dia, ni lah peluang dia nak jumpa kengkawan dia. Aku tak kesah kalau dia nak gi jmp kengkawan(yg majoriti nya umor dlm lingkungan 30-an-hing 40-an dan di katogerikan bujang terlajak) tp jgn lah sampai tak blk rmh... mcm mlm hari raya puasa lepas, dah pg raya baru le aku jumpa dia. Semalaman dia tinggal kan aku kat rmh. Td bila dia ckp nak blik kg nenek dia cam nak nangis je lepas tu cam nak suruh je dia hantar aku kat rmh family aku. tp.. apa yg boleh aku buat.. hati family hubby aku kene jg jugak tp hati aku tak de sapa yg tahu.. Walau apa pun aku terpaksa ikut keputusan hubby(pd awalnya keputusan kami berdua) beraya kat sana.. Mungkin ini jg satu pengorbanan yg terpaksa aku lakukan semperna hari raya korban ni.. apa cerita seterusnya setelah kali ke-2 beraya kat sana.... nanti aku akan ceritan pd entry akan dtg.. oklah SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA dan SELAMAT BERCUTI..

Thursday, January 05, 2006

hadiah

sedar tak sedar hari ni dah 5hb, ini juga bermakna 9hari dr hari ni b'day hubby. Sampai saat ni aku masih blur tak tau nak bg hadiah ape... last year aku hadiahkan dia seluar levi's, masa tu aku tgh sengkek gila, maklumlah masa tu tgh nak kompol duit nak kawin.. tahun ni betul2 blur... sapa2 ade idea tolong lah aku...!!

Tuesday, January 03, 2006

perancangan...

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 365 hari berlalu, kini tahun 2006 pulak muncul... nampak nya kalo dipanjangkan umor 06 feb ni tambah lah lg setahun umor aku heee hee he.... alhamdulillah kini kesihatan aku semakin ok skit.. obat yg doc bekal kan tu pun dah habis so tak yah aku tiap2 mlm nak bertekak ngan hubby pasal mkn obat (susah nak mkn obat, kalah bdk kecik ). Sepanjang cuti 2hari lepas byk perancangan yg di buat... tp rasanya tak de satu pun yg dpt dilaksana kan...

perancangan pertama : new year eve tu hubby nak bwk aku gi mkn tomyam kat kepong (tah ape nama kedai mek kelate tu) last minit tak jd coz hubby kena naik genting jemput big bos kpd bos aku, dia dah menang judi than tak berani nak turun naik cab, maklumlah dah menang byk tkt kena rompak lak.... hubby sampai rmh dah dkt 11.00 nak kuar dah malas maklumlah dia kepenatan.. so kitarg sambut new year kat rmh je dgn sebijik kek and kfc sambil tgk konset kat TV3.. alhamdulilah tahun ni kami menyambut dgn ala kadar tanpa sebarang pembaziran.

perancangan kedua : Memandangkan hubby dah berjanji nak bwk aku gi mkn tomyam maka ahad mlm tu dia bwk lah juga aku gi dlm hujan lebat yg turun mlm tu.. mmg lebat sgt.. sampaikan ade sesetengah jln air dah naik skit. So lepas kitorg mkn tu tak tau nak gi mana aku reques nak gi tgk wayang cite "castelo" maklumlah dah lama tak gi tgk wayang. Seingat aku lah, last skali aku gi tgk wyg cita "cinta kolesterol" setahun yg lepas massa tu aku belom tunang lagi. lepas tu sampailah skrg ni tak masuk lg panggung. hubby mmg tak suka tgk wyg. So bila aku kata cite tu best dia pun beria-ia nak gi gak.. So pegilah aku mencarik tiket harap2 adelah tayangan pkl 9.30 tp....hampeh ade satu je tayangan tu pun pkl 11.30. Rupa2 nya cite tu utk tygan belum kuar lg cuma mereka buat midnight show je lepas 5/01/06 ni baru ade cam biasa nye show... memandangkan kitorg sampai pkl 9.00 lepas tu nak kene tunggu lg 2 jam... so tak jd tgk. hubby malas nak tgu lelama kat sana.. lg pun tak tau nak gi mana2. So kitorg batal kan je niat tu than terus balik rmh...tp harap2 lepas ni dpt lah aku menontong wyg tu.. hubby pun dah janji nak bwk aku gi tgk sekali lg lepas 5hb..

perancangan ke-3 : hari isnin tu konon2 ptg nanti nak gi le swiming... ini pun tak jd gak, hubby kene rush gi rawang kwn dia exsiden so nak pegi tgk cam ne keadaan dia.. dgr kata terok gak, masuk hospital Tawakal. tunggu punya tunggu dah pukul 5pm baru sampai rmh.. sementara nak tgu dia balik tu sempat lah aku dok mengira duit syiling aku yg dlm botol tu. kira punya kira ade le dkt RM800. so aku ingat esok baru nak bank-in kan. Lepas ni aku tak yah risau duit syiling tu hilang tp aku risau duit tu terpakai lak.. cam ne nak buat ni.. ? semalam belah mlm lak aku ikut hubby gi rmh member dia Vincent (cam nama artis lak) celeberte b'day dia yg ke-40.. dah tua juga member aku sorg ni.. tak ramai yg dtg, kita2 je lg pun dia buat kecik2 je... kitorg lepak kat sana sampai 2am sampai aku dah terlelap2 nak tunggu hubby syok bercerita dgn member2. Sampai rmh dah dkt 2.30am terus tido, pg td lak susah nak bgn. ingat kan hari ni cuti lg... hampeh kene bgn gi keje gak.. tgk awal2 tahun dah de sifat malas tu....