Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Wednesday, November 23, 2005

Dalam keseronok balik kg last weekend, ada perkara yg buat aku tak happy. 1st yg buat kan aku tak happy ditambah lagi dgn kemarahan my hubby adalah kerana cincin tunang kitorang hilang. Aku tk tau cam ne aku ni boleh cuai sgt sampai benda cam tu pun boleh hilang. Pd mula aku dah perasan cincin tu dah longgar skit, than aku sarongkan pd jari tengah supaya tak tertanggal. bila masa nak balik tu baru aku teperasan cincin tu dah hilang, apa lagi marah sakan le my hubby bila dpt tau cincin tu dah hilang. Masa tgh kecoh2 carik cincin tu boleh lak my pa kata mungkin masa mkn tu aku dah tertelan... hampeh tol lah. org tgh risau siap boleh jokes lagi. Org tgh ramai cam tu cam ne nak carik. Kalau ade pun mesti org lain dah jumpa. Kalau mereka dah jumpa alamat kem salam lah aku nak dpt balik cincin tu. so cara terbaik nak reda kan kemarahan hubby, aku janji nak ganti balik cincin tu hujung bulan ni. tapi nak sama peten cam tu susah skit nak cari kot, alah janji aku nak ganti balik dah. dulu pun cam tu gak masa majlis bertandang kat rmh hubby, rantai yg aku pakai tertanggal nasib baik kakak ipar aku yg jumpa, tp rantai je tinggal loket tk tau kat ne hilang. nasib baik lah rantai tu my ma bg (tp syg jugak), kalu rantai khawin...tak tau lah cam ne nasib badan aku. mesti nangis tak berlagu ... . Aku rasa lah kalau rantai khawin lah yg hilang masa tu memang ngamok sakan hubby kot ialah belum seminggu lg rantai tu lekat kat leher aku..
2nd) hari tu ingat blk kg boleh le gi sambung jalan raya balik, Nampak nya terpaksa lah pospon lagi utk raya thn depan lak coz mmg tak de masa nak kluar pun. Biasa lah aku ni dah le jarang bebeno dpt blk kg so bila dah balik tu aku lebih suka dok rmh ngan adik2 and famili aku. Lagi pon masa hari kenduri khawin hari sabtu tu dah penat sgt (kena jadi pelayan kat khemah jemputan) so hari ahad tu pulak lah masa nak balas balik tido dan rehat secukupnya. Jd dlm perancangan hari tu nak gi raya rmh kengkawan terpaksalah di batalkan dan diganti kan dengan hari rehat sekeluarga. Ade le sorg dua kengkawan yg dtg melawat dan beraya kat rmh aku. So same je.... dapat le jugek jumpe yg sorang dua tu. PD SUME KENGKAWAN YG AKU DAH JANJI NAK DTG RUMAH TU SORRY YEK....RAYA THN DEPAN LAK YEK (KALAU UMUR PANJANG LAH...INSYA'ALLAH)

13 Comments:

At 1:17 PM, Blogger oren said...

cincin tunang aku pun hilang, tapi en Ayah tak tau..kalau dia tau, musti dia marah aku sampai akhir hayat..salah aku gak..pi simpan cincin dlm handbag, pastu gantung handbag tepi tingkap..aku ingat penyangak sudah sauk itu handbag dan dapat juai cincin tu...en Ayah tak perasan sebab aku jenis tak pakai barang kemas..nasib baik..jgn bagitau dia plak? ekeke..

 
At 4:47 PM, Blogger NONIE AZIZ said...

Hehe..dimana ada oren disitu ada MR wakakaaka....cerita pasal cincin tunang..cincin tunang aku berlian dah jatuh...Si baba tahu pasal cincin tu..dia cakap apatau..tunggula 10 thn usia perkahwinan baru belikan yang baru...cess...tapi aku tak kisah aku suka sangat pakai barang kemas ni!

 
At 4:48 PM, Blogger NONIE AZIZ said...

pembetulan tak suka bukan suka

 
At 5:07 PM, Blogger oren said...

lempoyak, tumpang lalu lagi nih..

Si MR nih kan, siap ada pembetulan lagi..ok jugak la baba nak ganti on your 10th anniversary..macam aku, sampai mati takde gantinya..ekeke..kalu ndak, kena himpun duit sendiri dan beli..tapi cincin tunang aku memang cantik, ada batu putih 7 bijuk..cincin kawen, biasa2 saja..amik yg murah..

Dulu, aku pernah terhilangkan gelang emas yang mak dan ayahanda bagi..aku siap pegi kedai, lukis gambar bentuk gelang tu (pattern water drops), tempah dan siap! nasib baik baki duit study ada lagi..so, aku guna duit tu utk gantikan balik gelang tuh..nih pun jgn bagitau parents aku tau...

 
At 10:33 AM, Blogger NONIE AZIZ said...

hehehe..macam blog aku plak...masa bertunang aku dapat 2 bentuk cincin..satu belah rotan satu lagi emas putih berlain dia satu ketui jer..masa nikah baba bagi rantai tangan..ape kejadah cincin banyak2 yedak?

 
At 11:56 AM, Blogger lempoyak said...

sebenar nya aku ni pun jenis tak suka pakai brg kemas(emas), bila dah khawin tk tau cam ne dgn tetiba je jd minat lak.

 
At 2:42 PM, Blogger Mas said...

A'kum, aku sekarang ni dah tak muat pakai cincin maklum ler jariku dah kembang membang. So aku pun letak cincin2 tu kat rantai. Meriah lak rasanya. Sekarang memandangkan aku bertudung aku sikit pun tak risau leher sarat barat.

 
At 3:07 PM, Blogger lempoyak said...

mas:- idea yg bernas..aku pun nak try lah letak cincin kat rantai. kalau still sarong kat jari ni alamat belum 5 thn khawin sumer cincin aku dah ghaib.

 
At 3:16 PM, Blogger Mas said...

lempoyak ko ni orang Melaka ker? Melaka kat mana? Ramai betul orang Melaka aku jumpa lately.Hehehe.

 
At 10:19 AM, Blogger lempoyak said...

mas kau pun melaka mari jugek ke..?
aku melaka kat area banda hilir...

 
At 11:23 AM, Blogger Mas said...

yup, melaka mari. Aku kat area kampung lapan..dekat dengan lorong pandan..ermm...tak jauh dari tengkera.

 
At 12:54 PM, Blogger lempoyak said...

mas: kg.8 yek aku tau kat ne..dkt le ngan mak aku nye rmh.. kat tmn pokok mangga. cousin aku nye MIL pun stay kat kg.8 gak dkt area ngan I.B.U. mas ade e-mail tak...?

 
At 10:29 AM, Blogger NONIE AZIZ said...

tumpang lalu...

jem, apa susah asal ko naik train kat japan tu..ko gelek2kan tangan ko kat minah2 jepun sana...anak mami...wakakakakak..

 

Post a Comment

<< Home