Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, December 30, 2005

sekolah....

Hari ni pepagi lg Mrs. Bos dah dtg office siap angkut anak2 skali coz hari ni nak daftar ank dia yg besar tu masuk form 1, than yg kenet tu dah sebok2 nak masuk kinergarden, yg 2nd pulak dah nak masuk tahun 5. Sebenarnya dia nak bwk budak2 tu gi br'fast kat kedai mamak area office ni, so dia singgah le office kejab. Kan main bising lg office ni dgn suara anak yg kenet tu bercerita nak masuk kinergarden, siap tayangkan beg baru. Biasa lah budak2.. dulu aku pun cam tu gak...seminggu sebelum sekolah tah berapa kali try baju & kasut skola, than bila dah seminggu dua skola bukak dah mula malas nak gi skolah sebab malas nak bgn pg... tulah pasal aku belaja tak tinggi stakat SPM, result bkn tak bagus tp malas nak sambung belaja.. masa tu tgh nak menggatal terus lupa nak sambung study, skrg ni menyesal lak. Skrg ni dah byk komitmen lak... impian tu terus pendamkan je.. Cite pasal nak daftarkan anak masuk skola, tadi aku sj je risik2 kat Mrs. Bos tu berapa kos yuran skola budak2 tu... maklumlah budak2 tu sumer skola kat privet school, jd mesti mahal kos nya. So Mrs bos bg tau le, katanya sorang anak kurang2 pun nak 10k setahun.. yg kecik tu pulak daftar 2k than monthly 350. Kalo dikira2 nak le jugak 25K++ setahun untk anak sekolah je.. than tution lain pulak. Patut lah semenjak 2 menjak ni aku tgk bos aku tu hangin tak baik, rupa nya hujung minggu ni nak kena keluar duit anak skola. Lepas tu nak menagdap TAHUN BARU CINA hujung bulan depan.... Tu lah, untung badan mereka, family mampu hantar blaja skola yg baik2.. so aku harap mereka ni dpt belaja sebaik mungkin.... kepada sumer ibu bapa yg nak menghantar anak2 mereka ke sekolah minggu hadapan "selamat menjalan kan kembali tugas menghantar dan mengambil anak sekolah.. semoga tabah hadapi ragam mereka di hari pertama persekolahan... Sebelum terlupa, aku takut esok tak sempat nak update blog, so di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2006 Bersama Impian dan Azam baru" ok jumpa lg tahun depan.

Wednesday, December 28, 2005

CUTI & MC


semalam aku tak dpt nak memblog coz aku cuti... aku dpt sambung cuti sehari lg, tu pun pasal aku demam dan tak sehat. Doc tu pulak kedekot bg cuti sehari je, siap boleh ckp "awak pun cuti dah lama, so mungkin cukup kot saya tambah sehari lg cuti. Tak payah cuti lelama nanti demam tu lg teruk...." apa lah punya doc cam tu...so cuti yg dia beri sehari tu aku gunakan utk merehat kan diri aku dgn tido. Lepas telan 3bijik ubat yg dibekalkan tu dgn senang nya aku terus terlelap. tp betol gak ckp doc tu bila aku cuti lelama nanti aku akan jd malas nak masuk keje balik.. mcm pg td punya lah payah nak bangun gi keje rasa cam nak sambung je cuti lg tp tak leh aku kene gak gi keje coz ni dah hujung tahun faham2 je leh byk keje2 yg tgh belambak nak di siapkan.. so hari sampai je office, bila dpt je peluang mengexses internet perkara pertama yg aku buat, terus check blog aku, than gi jengah blog member2. blog yg sempat singgah : oren, MR, kak wan, jems, arena, kak sya & kak lady, wani, nero & PB. Yg lain tu insya allah lepas ni aku pi jengah jap.. setakat ni just baca je belum dpt tinggalkan jerjak lg.
sebenarnya selama cuti 2 hari tu + 1 hari MC aku tak kemana2 just dok rmh. ade le mlm X'mas eve tu aku ngan hubby gi celebrate b'day member hubby (jonny) kat pub abg dia kat area summit. Tu pun kenang kan member kalo tak mmg aku tak gi.. Jonny ni member camcing hubby, susah senang kami suami isteri dia byk membentu. So hati member nak kena jaga.. Walau pun kami selalu gi tempat2 cam tu tp aku tak penah nak minum (beer), amik ubat ke ape ke.. aku akan order coke je and than suka dgr muzik yg kuat2 (kalo kat rmh nak dgr cam tu jwbnya kena maki ngan jiran tetangga) tulah cara aku and hubby nak relex. Lg satu aku suka dgr live band kat sana.. hari ahad tu pulak K.Long (SIL) and family dtg kat rmh.. dia just singgah je terlanjur dia dtg nak bwk anak2 dia gi aquaria than gi pi beli barang keperluan sekolah budak2 tu. Hari yg lain tu aku perabihkan masa dgn tido, dah bdn tak sihat buat ape pun malas. Nasib baik hubby kene keje kalo tak jwbnya lg le ngada2 demam ni.. sebenarnya aku dr pagi tadi dok menaip blog ni asal nak start menaip je mesti ade org dtg, than bos aku lak sampai, so terpaksalah aku buat2 ade keje. Sampai la ni baru le habis menaip... tah dah berapa kali save as draft..... hampeh betol...... :(

Wednesday, December 21, 2005

ToLOoOOoOnG aKU....

wei........ knp sumer tulisan dalm blog aku ni dah kebawah...?? ade sesapa boleh tolong aku repair blog aku ni tak.... TolOOOOng lah..!!! sian kat blog aku ni nampak dah mcm tak elok je... aku ni tak pandai lah nak repair menrepair ni... kang lain yg di godeh lain yg jadi.... Tolong lah yek...!!

Tuesday, December 20, 2005

Semalam tak dpt nak update blog bz sgt, lg pun semlm bos awal masuk office so tak pat lah aku nak menjengah blog ni. Aku sempat le menjengah beberapa blog member2, ade satu dua blog tu aku ade tgalkan jerjak. last weekend aku tak gi mana2 just duduk rmh... hubby tak de cuti sampai hujung bulan ni so segala aktiviti berjalan dan bersuka ria terpaksa dibekukan. So aktiviti aku hari minggu tu KEMAS RUMAH!! Oh lupa nak bg tau lak, aku ingat kan bulan ni boleh le join ngan OREN & JEM jd mama... nampak nya angan2 tu terpaksa di simpan untuk bulan seterusnya. Tanggal 18hb bersamaan dng hari ahad, bila aku bg tido je tgk alamak dah merah lah.. nampak nya mmg sah aku dah PRIOD... sedih + kecewa tuhan je yg tahu cam ne perasaan aku ketika tu. Ye lah kita dah mengharap sgt bila cam ni mmg lah sedih sgt.. Pg tu tak tau knp tetiba je air mata aku terus meleleh dgn lajunya seperti hujan yg turun mcm pg tu. Hubby le yg pujuk aku supaya bersabar, mungkin belum ade rezeki kot kat nya. So aku reda.. so aku dah niat bulan ni nak pegi check... ade sapa2 tak nak racomen kan klinik sakit puan yg ok kat area selayang ni... aku bab2 klinik ni aku tak pandai sgt. mmg jarang gi klinik pun. segan pun ye jugak...
_______________________________________________________________

Semalam hubby lambat dtg jemput aku dr office. pkl 5.30 hubby call bg tau dia ade keje kat serdang skit, so aku ingat ka mungkin 7.00pm nanti sampai le dia jemput aku. Tunggu punya tunggu dkt pkl 8.00 tak sampai2.. lebih kurang 8.30 tu aku call tny kat ne.. dia bg tau belum settel hal lg.. kalau aku tau le lambat cam ni ptg td aku dah amik cab balik rmh. skrg dah pkl 8 lebih mmg tak berani nak naik cab.. tah le aku ni penakut skit.. so terpaksalah aku jd penunggu (bkn hantu penunggu tu tau) kat office ni sampai dkt pukul 10 pm. Nasib baik lah bos aku pun blom balik lg. Bukan dia sorang je, ade 2-3 org lg member dia lepak kat office ni. So tak le aku takut sgt. Atleast bos tau le hubby aku tu keje sampai mlm.. lepas je jemput aku, kitorg terus gi tapau makan. Aku ni tungu dia punya pasal dah naik kebuloq perot aku ni. Sampai je rmh dah dekat 11.30. Mandi, makan lepas tu terus tido... pinggan mangguk penuh dlm sink tu pg td baru le basuh.. pg td sempat lah mengmas rmh tu skit... Semalam aku terlepas le tgk cite cina TV2 tu, lepas tu cite cina TV3 pukul 10.00 tu sempat tgk sikit je. Aku tak tau knp aku ni suka sgt tgk cite cina... dgr lagu cina. Nak suruh aku ckp cina sorry mmg aku tak tau tp aku paham skit2 lah. kalau nyanyi pulak aku main hentam je janji ade bunyi. Ni sumer mungkin pengaruh persekitaran kot. Ia lah sumer kawan2 aku and hubby cina. Lg pun aku ni lebih suka berkawan ngan cina Bos aku pun cina gak. Dah hari2 dk dengar diorg ckp cina je. So lama2 terpengaruh le...

Thursday, December 15, 2005

Mimpi.....

hari dah 2hari hubby tak sehat demam,batuk & selsema. Setakat hari ni belum ade tanda2 yg dia nak kene semput. Selalu tu bila tak sehat je mesti semput pun kene skali.. bila dah semput tu aku leh yg kene dok perhatikan dia. Mmg tak leh nyenyak tido malam, kjb2 nak bgun betul kan bantal dia, gosok kan minyak kat badan. Nasib baik semput dia tak seteruk BIL & FIL.. Kesian aku tgk hubby 2hari ni terbaring je atas sofa tu... Ajak gi klinik tak moh, nanti deman tu reda sendiri katanya.. lepas makan je aku bg dia ubat selsema aku tu (mmg power), & pelnedol 2 bijik. Lepas makan selimutkan trus dia terlena tido. Aku pun ape lg sama2 le join dia tido.. semalam awal gak tido..

Aku tak tau lah kenapa seminggu ni aku selalu je mimpi yg bkn2... Mcm dua hari lepas aku mimpi yg aku ni betol2 tgh sakit nak beranak. Padahal ngandong pun belum lg. Masa tu yg sambut baby tu lelaki india kat hospital... tp hospital tu mcm hospital lama2(aku perasan katil&almari hospital tu stail spital dulu2) gelap lak hospital tu... Aku terasa sakit betul2 cam nak beranak lepas tu terasa cam kepala budak tu dah terkeluar dari situ.... masa tu pinggang aku sakit sangat. Bila baby tu dah keluar terus mimpi tu hilang. (rasnya aku dah alami mimpi cam ni dah 2 X. Dulu tu cuma mimpi ngandongkan baby kembar 4 je...) lepas tu aku terkejut dr mimpi tu sambil air mata aku meleleh2. Aku rasa tapak tgn aku semua sakit2 bila tgk tapak tgn aku sumer dah merah2 sebab pegang kepala katil kat bilik aku dgn kuat sgt... MMg mcm real je boleh menangis... bila bgn pagi tu hubby tanya knp mlm td tido mcm org nak perang... jab kaki kat atas badan dia, kejab tendang dia, Jab lagi tgn pulak kene muka dia. Dia malas nak kejutkan aku masa tu sebab dia dah biasa..tp semalam katanya lain skit tendangan tu mcm org tgh main bola. Aku ni mmg tido lasak sgt... tu pekara buruk yg tak le tinggal. Dulu aku penah gak dgr cita2 cam ni (org mimpi lahirkan baby masa tido) maksudnya ade org halus nak amik baby dia. Tp org yg selalu mimpi tu biasanya org mmg dah mengandong at lest 3-4 bulan ke.. ni aku mengandong pun belum dah mimpi2 benda cam ni. Bila nak gi kje tu baru le aku cita kat hubby, tp dia gelak kan aku. Dia kata aku ni dah kemaruk sgt nak beranak sampai terbawak2 dlm mimpi... Rasa2nya cam betul je ckp hubby tu coz aku ni dah kepingin sgt nak baby... aku ingat nak cita pd ma nanti ttg mimpi tu tp... ma mesti tak percaya benda2 cam ni. Even ma aku ni nak pegi berubat secara tradisional pun dia tak percaya. Malam td pulak aku mimpi yg rmh aku tu masuk pencurik. Sedangkan masa tu aku ade rmh ngan adik pompuan aku (hubby tak de lak dlm mimpi tu) . Perompak tu umpil tingkap dr bilik aku. Tiba2 aku teperasan dia dgn dua2 terkejut. Aku lak dlm ketakutan tu pi mintak tolong ngan jiran. Jiran yg dpn rumah tu pun penakut gak... Nasib baik bdk bujang sebelah rmh aku tu ade dia tolong suluh kan kat bawah rmh... tgk penyamun tu dah berambus.. bila aku check tgk tabung syiling aku yg setinggi bdk setahun tu dah hilang (duit dlm tabung tu kalau penuh mau dkt seribu gak dlm dia).. terus aku nangis.. bila aku terkejut dr tido je trus kejutkan hubby bg tau dia rmh masuk pencurik . Dia terus bangun (mmg kelaka masa ni... aku ni bangang mcm betul2 rmh masuk pencurik) aku bukak lampu nak carik tabung tu... (sayang wo kalau hilang, masuk ni dah 2x penuh dah) peh nasib baik ade lg.. terus aku check tingkap bilik aku tu. hubby dgn perasaan marah terus sambung tido balik.. aku ni pulak terkebil2 tak leh tido tgk jam baru pukul 4.30a.m. Dalam dok pikir2 mana nak simpan tabung tu aku terus terlelap sampai ke pg. Bgn pg td lg kene marah dgn hubby.. ye lah mimpi yg bukan2.. lepas satu2 mimpi dia. On the way nak gi keje tu telinga ni dah nak kebas dgr dia ceramah... Ye lah bkn aku nak mimpi cam gitu.. dah mimpi tu datang sendiri dlm tido aku... Nak kata tak basuh kaki...rsanya sebelum tido tu siap mandi lg (aku selalu nak tido tu baru mandi)... dari kedua2 mimpi ni aku tak tau ape petunjuk Allah tu nak bg.. Aku pecaya mungkin ade hikmah di sebalik kedua 2 mimpi ni....

Monday, December 12, 2005

BOSAN NYE.....

bosannnnnnnnnnn.....tak tau ape nak tulih hari ni... weekend lepas tak de ape2 aktiviti yg aku buat. Just dok rmh and kemas rmh. Hubby tak de cuti so terpaksa tinggal rmh sensorang. Ingat nak call min ajak gi tgk sure heboh kat S.A. tp niat terbantut bila tgk hari dah gelap nak hujan. Rasa2 nya baik dok rmh layan hindustan. Dalam tgk tu at last terlelap sendiri, bila terkejut je hari dah hujan (nasib baik hujan gerimis je). Angkat jemuran lepas tu sambung tido lg... Jam 5.00p.m bgn mandi terus masak nasik coz jab lg hubby blk nak mkn... Mlm dok mengadap tv tgk konset sure heboh... lg seronok dr tgk kat sana. Dah le parking jauh.. bersesak sesak lak tu, dpt tgk pun dr jauh je. Kat rmh dpt tgk sambil baring2 lg, duit pun save gak tak yah nak beli keropok dan mkn ringan, kat rmh kuih raya tu pun ade blance lg so pakat laki bini dok perabihkan kalau tak jwbnya sampai raya tahun lg satu pun kuih tu tak berabis. habis je konset TV3, sambunglak tgk ANAK BAPAK . tak perasan kol berapa terlelap sendiri bila sedar je dah pg....

Thursday, December 08, 2005

BeRIta PaNAs....pAnaS..

Pagi td masa nak bersiap aku dengar lah radio ERA. Mmg tiap2 pg celik je mata ni mesti aku bukak radio dulu.. Aku suka segment PG DI ERA BERSAMA K&K. Segment dia sempoi je.. pg td masa dgr berita di Era ade satu berita ni, Berita tu mengenai hubungan suami isteri Seorang artis ni(ERRA&YUSRI) dah tak duduk sebumbung lg(maksudnya erra dan yusri dah tinggal berasingan) . Aku diam je lah mungkin telinga aku ni salah dengar nama artis tu... Lepas bersiap je, aku terus mkn nasik goreng yg aku buat pg td tu. Hubby lepas mkn je tak tunggu aku, terus turun hidup kan enjin kete. Aku cepat2 le mkn, letak je pinggan mangkok tu kat sink(blk ptg nanti baru basuh) kunci rmh terus turun. Naik je kete aku tanya lah hubby berita yg aku dgr tu coz masa beritu tu hubby ade kat meje mkn, so aku rasa mesti dia dgr. Hubby pun kate betul lah dia pun dgr cam tu gak tp tak percaya, lg pun lantak le diorg tu hal rmh tangga diorg. Aku diam je le (kalau ckp juge nanti kena marah ngan hubby coz jd kepoci). Cam biasa tiap2 pg sebelum gi office aku beli paper... jeng..jeng..jeng... muka depan akbar berita harian keluar cite tu siap dgn gambar skali.... Wow teperanjat betol aku kali ni... biar betul ni ERRA & YUSRI ni. Selama ni aku cuma dgr gosip je. Skrg ni pulah dah sah ERRA sendiri dah buat kenyataan akhbar, YUSRI pun ade gak skali. Aku tgk muka ERRA dlm paper ni mmg cam ade problem, sian dia sedih je muka dia.. ERRA ade kata " percayalah, ia tiada kaitan dgn org ke-3. Cuma masalah rmhtangga, biarlah menjd rahsia kami berdua". Betul lah tu tak kan hal rmh tangga pun nak cite kat sume org. Dah le dia dah jg hak peminat(bakat dia lah), tak kan lah hal rmh tangga pun peminat nak amik tau gak. Cukup lah sekadar kalau peminat tahu yg dia bahagia dgn kehidupan nya. Kita tak Tau ape sebenarnya masalah mereka, hanya mereka yg lebih mengetahui so biarlah mereka berdua je selesai kan masalah ini sebaiknya. YUSRI pulak kata "kini saya mahu peminat tahu, kami cuba melakukan yg terbaik (tgl berasingan) untuk mempertahan ikatan ini. Saya masih mengambil berat terhadapnya dan dia juga mengambil berat keadaan saya. tp kamai tak tau jangkamasa ini sampai bila". Aku tau YUSRI tu masih sayang kan ERRA lg mcm tu juga ERRA. What ever pun aku sentiasa doakan semoga mereka cepat berbaik2 semula. Adat lah org berumahtangga ni. mesti ade pasang surutnya. Sedang kan kita ni selalu sgt bergaduh ni kan pulak org glamor cam ERRA & YUSRI tu. Pd peminat2 ERRA &YUSRI korang pun doakan lah merek tu cepat2 berbaik. Jangan pulak lg tambah kan gosip dan spekulasi mengenai mereka.

Monday, December 05, 2005

AkTiViti HarI MinGgU

Last weekend cam biasa lah aku dgn aktiviti mengemas rumah yg dah seminggu besepah tu, mendobi kain baju yg dah membukit tu. Hubby pulak this month tak leh amik cuti coz kena cover cuti yg dah terlebih amik last month tu. So lepas je hubby kuar gi keje aku mula kan aktiviti aku tu. Pompuan cam ni lah... walaupun hari bercuti tp kat rumah tak de istilah bercuti. Ade je keje yg nak dibuat nya. Nasib baik sabtu tu cuaca cerah skit, dapat lah menjemur baju yg dah dicuci tu. Kering je jemuran, kerja nak melipat pulak, bab ni paling aku lemah... (dah tahap lembab bab melipat kain baju ni). Petang tu pulak beronggeng kat dapur nak masak lah.. pikir punya pikir dtg idea nak masak TOMYAM lah hari tu. Pegi kedai beli bahan2 nak masak tu. Amik sotong skit, udang skit, sayur 2 jenis, ayam skit (dlm kuantiti 2 org mkn yer). Nak tau berapa?... RM25.00. Wauu tekezut aku... kalau gi mkn kat kedai harga tu dpt 2 org mkn berserta nasik, air, dgn 2 lg lauk tambahan. Aku malas nak komplen tang harga tu dulu pun dah penah kena, amik ikan tenggiri 4 keping (dah siap ptg, isi shj) RM10.00. Ingat kalau gi pasar boleh beli sayur sekali dgn herga bayak tu (2 org makan banyak mana lah sgt). Nak tak nak tepaksa le beli coz kat kwn perumahan tu mmg tu lah satu2 kedai yg ade jual ikan dan keperluan basah yg lain. Balik rmh terus start masak. Pukul 7.00 hubby balik kitorg makan sesama. Lepas makan tu tak tau le knp mood dia baik sgt... siap ajak gi main bowling lg. So aku ape lg cepat dan pantas lah terus bersiap. Dah lama rasanya tak main bowling. Jgn kata main bowling lane bowling tu pun dah lama aku tak tgk (hubby bz sgt sampai tak de masa nak bw gi main). Kalau nak tau dulu aku keje kat bowling center kat melaka. Kat sana jugak lah aku kenal hubby(melalui bos aku). Bila dah tunang aku stop keje sana. Rasa2 dan 2 tahun kot aku berhenti keje sana. Dulu boleh dikatakan aku ni teror lah jugak main (ehwah..ehwah... angkat bakul sendiri nampak), tp skrg.... angkat bola pun dah tak betul (dah lama nau tak main..). Malam tu kitorg main 3 game je.. (aku menang 1 game je dgn score 165 je). Masa main tu teringat aku kisah2 silam masa keje kat bowling center. Tp aku senap je..tak cite kat hubby aku takut dia salah faham. Imbas kembali zaman2 tu dulu mmg seronok. Banyak kenangan kat sana. Mcm ne kepala aku penah kene sweyper (alah papan yg tarik pin yg jatuh tu). Aku penah masuk dlm mesin bowling tu coz nak kuarkan bowl jemp. Keje kat situ pun syok coz tak de kawalan ketat. Suka hati je (cam bowling center tu kitorg ade syer) janji sume keje settle. Main bowling pun free. Lepas habis balon 3 game kitorg pun balik le.. Sampai rmh aku layan DVD lak, maklumlah esok aku tak keje.. hubby siang dah berdengkor.. Nak di jd kan cerita besok tu je bangun tido satu badan sakit.. mula ingat salah tido, bila hubby pun ngadu badan sakit aku tau lah ni sebab main bowling punya pasal lah... (dah lama sgt tak main bowling, kalau dulu tu pg ptg siang mlm dok hayun bola bowling). On monday tu pun nak gi keje still badan sakit2 lagi.. Mlm tadi mintak hubby tolong urut kan badan, baru lah lege skit.

Thursday, December 01, 2005

AlaHai....PerAnGAi DiA BikIN AKu HilaNG sAbaR

semalam dlm jam 6.30pm aku dpt berita sedih dr ma ttg kematian abgX. Sebenarnya abgX ni abg sepupu aku.Dia meninggal disebabkan penyakit yg tiada penawarnya sehingga kini iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan(HIV). biarlah... itu pilihan dia masa muda dulu, dan kini.. ini lah akibatnya yg dia terima. Kesian aku dgn mak sedara aku tu. Dulu sorang anak dia pergi pun pasal tu jugak. Tah lah mungkin dah nasib dia dapat anak cam tu. Tak boleh salah kan mak bapak coz benda ni sumer mereka yg pilih tanpa pengetahuan mak bapak. kat sini aku bkn nak pertikaikan ttg kesalahan siapa2, cuma aku nak cite skit perangai hubby yg buat aku bengang sampai pg ni.
Semalam lepas hubby habis keje aku gi le jengok kat HKL. Lepas mereka bincang2, mereka nak bawak jenaza balik kebumi kat kg. So lepas sumer settle aku pun bincang2 ngan hubby nak balik melawat. Kat sini lah mula konflik.

hubby: alah tak yah le nak balik dah dtg melawat kat sini pun okey wat..!!
aku : eh lah balik le jab.
hubby : awak tu kerje swasta tau, mana ade cuti.
aku : skrg tak kira swasta ke gamen ke kalau da kes kecemasan cam ni boleh amik cuti ape..bos pun mesti paham gak..!!
hubby : tak yah nak ngade2, mak sedara awak tu pun mesti paham gak. bkn tak nak balik gaji blom kluar lagi...
aku diam je (dlm hati cis tulah masa ade aku simpan skit duit utk time sesak2 cam ne dah habis kau gunakan nak repay kete lah beli tu lah beli nilah)
aku : tu lah kan ke dah ckp bln2 simpan le skit duit utk nak belanja time sesak2 cam ni. Dah le kita ni keluarga jauh buatnya mlm2 org call bg tau keluarga kat kg sakit ke ape ke cam ne...tak kan nak gi ketuk pintu rmh org pinjam duit.
hubby terus diam... than aku tanya lg "cam ne nak blk tak"
masa ni lah aku bengang sgt dgn jwp dia. siap dia boleh kata ape tau..
hubby : dia meninggal bkn nye pasal ape kan.. ni penyakit yg cari sendiri kan?
dalam hati aku mmg lah tu penyakit yg di cari tp kau tok leh nak ckp cam tu. Belum kena btg hidung sendiri takpe lah kau cakap cam tu, esok lusah dah kena sendiri baru dia tau cam ne perasan org yg dia cakap dulu tu (walaupun org tu tak dgr tp tu sedara aku tau). Kengkadang hubby ni suka menilai org yg dia tak kenal tu melalui luaran je. Penah sekali tu my cousin balik kg. dia ni baru je first time jumpa, dia boleh kata ape tau "alah pumpuan tu mesti ade org bela/taja dia tah dato' ke, Tan sri ke, Tengku ke, dah le tak keje pakai BMW lagi...." (tak ke sakit hati kau dgr ayat cam tu. Sedara kita lak yg dia ckp tu. Yg buruk tu sedara aku je, yg baik tu sumer sedara kau). Kengkadang aku jwb gak "knp awak kenal ke pompuan tu, knp... dulu awak ade penah sponser dia ke? " kengkadang ape yg keluar dr mulut dia tu sumer jwp tak logik berdasarkan tiori yg dia tau je...(konon2 dia ni tahu lah dlm segala hal)
balik pd cite tadi tu... aku ingat boleh le balik sorang tompang sesapa sedara aku yg nak balik, tp dia still x bagi. At last kitorg pun tak balik lah. So aku call ma bg tau tak balik. bila aku cita kat ma hal tu (tak le aku cite ape yg dia cakap tu, ade le aku tapis2 skit) ma suruh aku jgn gadoh2 ngan dia. Kalau dia tak bg balik tak yah balik ma kata. Tension aku... so aku pun fikir secara positif lah sekurang2nya aku dah melawat kat hospital td kalu tak pat balik pun tak pe lah... Sejak dari mlm tadi aku tak tegur pun habby sampai le aku nak gi keje pg tadi bila hubby cium aku, baru le hilang skit mara tu... dia siap buatkan aku brekfast pg tadi. MAGIE goreng.. (alah sebenarnya magie rebus je.... celurkan magie tu, than masuk kan perisa tu dan gaul kan sampai rata)