Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Monday, February 27, 2006

Sejak khamis lepas aku rasa cam tak sehat je.. perut ni sakit je, lg pun ade cam darah kuar skit. So mlm tu aku ajak hubby gi klinik. Aku ni jarang gi klinik lg pun aku ni tak tau mana klinik yg ok kat area rmh aku ni. So dlm pd sakit tu aku gi le redah satu klinik ni. Dari signboard kat luar tu tulis Klinik Kesihatan Keluarga, Pembedahan Kecil dan Sakit Puan. So aku fikir ni ok kot. Aku pun daftar le kat situ. Masa aku sampai tu jam dah pkl 9.30pm mmg tak de org. Aku fikir mungkin dah mlm org tak ramai. So tak sampai beberapa saat nama kau di panggil. Masuk je bilik rawatan aku tgk simple je. cuma ade meje tulis, katil pesakit ngan tempat ubat je (komputer pun tak de, sumer di buat dlm manual). Langsung tak de mencerminkan bilik doc. So aku cita lah masalah aku pd doc tu, pas tu doc tu suruh buat urine, pas chack je dia kata perut aku ni masuk angin, Darah yg kuar tu cam normal je. Aku ni cam tak puas hati lg, mintak doc tu nak scan. Yg aku bengang dia kata "sorry lah klinik ni tak de mesin scan. Baby ni baru tak baik scan selalu. Awak jgn risau baby ni tak de apa2". So aku pun diam je lah dlm hati menyesal masuk klinik ni. Lepas sikit lebih kurang doc tu bg nasihat. di suruh tunggu kat luar amik ubat. Masa kat luar aku cita ngan hubby.. habby dok gelak je kat aku. Doc cuma bg ubat Angin ngan Ubat sakit perut je.. ubat vitamin ke Folit Asid ke langsung tak bagi. Yg jd jururawat tu pulak anak doc sebab aku tgk manja lain macam je (panggil mammy lg). On the way balik tu puas le aku merungut ngan hubby. Hubby pun ckp patut le klinik ni tak de air-corn, Meje consol pun tah2 amik kat rmh nye.. yg aku boleh ckp mungkin doc ni tak ckp modal nak bukak klinik. Klinik pun mcm nak pecah.

So dlm tak puas hati tu hari ahad tu aku ajak hubby gi klinik lain pulak.. ye lah perut ni still sakit lg tp darah tu dah tak de lah. Ubat yg doc tu bg aku tak mkn pun ye lah tak berani lah aku. So ahad tu aku gi klinik M*s*a kat area gombak gak. Ni lah baru di namakan klinik.. suma ade complite. Tenang je masuk klinik ni. Lepas buat pendaftaran tak lama pas tu nama aku dipanggil. Bila doc tanya aku cite lah masalah aku tu.. So doc kata darah yg kuar tu kalo sikit mmg normal lebih2 lg kalo 1st baby.. so aku tak risau sgt lah. Tp pasal perut sakit tu doc suruh berjaga2 je mungkin sebab aku byk buat keje kot. Ialah keje kat tiingkat 3 kejeb naik, kejab turun. tu lah mungkin sebabnya. So aku mintak doc nak scan.. wah dah nampaklah baby tu tp kecik je 3.38cm je dah de kaki, tgn, kepala, jantung pun dah berdenyut. Tp masa doc tu scan baby ni tak nak gerak2 pun (lama gak tunggu).. doc kata mungkin baby aku tido kot... so doc kata mungkin due date aku 25/09/06 so bersabar je lah. Dlm 3bulan pertama ni doc bg aku Folic asid untuk 2 bulan. Lepas tu aku kene dtg lg untuk pemeriksaan susulan. Masa scan tu yg paling happy hubby lah... nampak beubah sgt muka dia. Aku bersyukur pd Allah yg telah menciptakan seorg lg hambanya. Yg paling menakjubkan ianya dicipta dlm rahim seorg hambanya yg lain. Alhamdulillah..........

Thursday, February 23, 2006

mintak tolong..

nak tanya skit lah cam ne eh nak post gambar dlm blog ni.. teringin lah nak boh gambar boleh le member blog cam muka ni.. mana tau esok lusa bertembung kat tgh jln, boleh le tanya kabar. tlg lah yek pada sapa yg arif ttg perkara cam ni...

Monday, February 20, 2006

aktiviti hujung minggu


Jumaat
mlm tu aku ngan hubby gi jemput adik aku kat bangi. Dr ptg tu dkt 4-5x send messege ingat kan aku jemput dia. lebih kurang 10 baru aku sampai kat kolej dia, rupanya sumer roomate dia dah blk. Pas tu terus gi mkn kat Sri gombak kedai atas bukit tu, tekak nak mkn tomyam. kitorg order le utk mkn 2 org je(walaupun masa tu ber3) Menu dia Tomyam,udang 3rasa,sayur kailan belacan, ngan sotong celup tepong. Harga kalo nak tau RM55. peh terkezut gak aku. kalo sedap aku tak kesah lah , ni rasa tah apa2, pastu sotong(sizeM) tu aku rasa sekor tu dia ptg lima (buat selit gigi je). yg buat aku skit ati tu yg aku order tu sotong celup tepung tp yg dia buat kan tu mcm cekodok sotong. Sumpah pas ni mmg aku tak nak masuk kedai tu lg.

Sabtu
aku bgn pkl 11.30.. gerak kan adik aku tu ajak temankan pg kedai beli lauk utk tgh hari tu. Ptg tu aku masak lemak cili padi je.. lepas hubby gi keje kitorg dua beradik lyn tgk hindustan pas tu terus layan tido. Sedar2 dah pkl 6.00pm. terus menjalankan aktiviti mengemop rmh. Mlm tu lepas hubby blk je ajak gi rmh mak sedara aku nak gi jemput nenek aku kat sana. Kesian dia dah dua minggu kat sana aku tak gi jengguk pun. Sorry ye nenek cucu mu ini bz lah minggu ni. Pas tu terus ajak nenek tido rmh. Dkt 1.00 am baru le sampai rmh.

Ahad
hari ni kena lah bgn awal skit, nenek ade kat rmh. Pg tu aku bgn tido je tgk kain baju dah berlipat dah, Pinggan mangkok dah bercuci, dapur dah clean&clear, peh ni sah2 le nenek aku punya kerja ni. Rupa2 nya mlm tu nenek tok leh tido sampai ke pg. Pg tu ajak nenek gi beli sarapan je kat dpn rmh tu. Tp takde satu tu yg dia selera nak mkn. So lepas balik pasar je aku terus goreng kan mee. tgk berselera betul nenek mkn. Lepas Bfast nenek terus terlelap, so aku pun biarkan je lah. Hubby pun sama sambung tido blk. pkl 2.30 baru sumer bgn makan t/hari. Lepas tu lepak2, hubby pun gi cuci kete. Pkl 4.30 baru le gi rmh adik nenek kat Jln ipoh tu. Pas tu ingat nak gi rmh sepupu kat SA(dr sana nak terus hantar adik aku kat bangi), Baru je sampai jln kuching dia call panggil terus gi Greenwood ajak mkn popia. Sampai je tgk org tu tak meniaga. Kesian. Pastu sumer terus lepak kat Rmh mak sedara aku. Mlm tu pkl 10.45 baru je balik rmh. Adik aku tu pulak aku mintak sepupu aku tu tlg hantar kan..

so berakhirlah cerita weekend aku tu....

Friday, February 17, 2006

aduhaiiiiiii....

Ni dah mula start loya2 ni... tak tentu arah jd nye, tp belum sampai thp muntah2 lg. Cuma semalam sejak berapa hari tak minum ANMUM (susu dah habis stok), buat pertama kalinya lepas minum tu terus termuntah. tu je lah sekali. Pas tu bila time nak mkn lg teruk, tekak mmg nak mkn, perut pun dah lapar tp bila terbayangkan makanan je terus tekak ni rasa loya gila... langsung tak jd mkn. Bdn ni mcm letih sgt.. nak tido je. Hari ni rasa mcm nak cuti je tp... memandangkan dah hr jumaat, terpaksa gi juga keje.. nampak nya esok baru le dpt balas tido sepuas2 nya. Ni rumah mcm nak terbalik dah...punya lah bersepah. Esok jg nak jln kan aktiviti mengemas rmh (tu pun kalo larat lah). Nasib baik baju kotor dah dpt mendobi sikit2 kalo tak jwbnya mmg bertimbun lg tinggi dr mesin basuh tu..

Tuesday, February 14, 2006

adik ku sayang part-2

Last weekend aku sempat balik kg hubby sepupu kawin. On the way nak balik kl tu aku singgah le Bangi jenguk S (di baru di terima masuk kolej last wed). Aku bwk S gi mkn. Masa sampai tu pun dah dkt kol 10++pm. Masa tgh mkn tu pulak terkeluar lah cite pasal L. Aku tny S betul ke Ma kata yg dia pernah jumpa org lain pandu kete L. S kata dah berapa kali dia terjumpa. Tp masa tu L kata dia keje sedangkan kete L org lain pandu. Rupa2 bila di periksa L ade kat rmh sehari suntuk tak keluar bilik. Maksudnya dia tipu ma lah sedangkan dia kata hari tu dia keje 7am-7pm. Bila aku tanya perasan tak muka Bf L. Baru lah S cerita, yg bf L ni mmg aku kenal sgt. Dulu Bf L ni member aku (M) gak tp bila aku tgk cara dia lain skit je aku dah slow jumpa dia. Aku tak tau pulak yg L ade jumpa M lg. M ni setahu aku mmg tak boleh pakai.... bak kata S pun "mcm kaki stim je muka" mmg pun rasanya dia ni tak berkerja. Kalo ckp pun tak faham apa butir bicara.
Ma penah tny L sapa yg pakai kete dia tu. Dgn bangga dia kata Bf pinjam nak hantar mak dia gi hospital. Ma apa lg mengamuk lah.. ni bukan sekali adik2 jumpa tp dah 3-4 X gak. tak kan lah tiap2 kali hantar mak dia gi hospital. Ma pesan ngan dia jg2 kita tak kenal dia kalo dia buat keje tak baik guna kete tu nanti sapa susah. Kete tulah dah lah atas nama ma. Susah nak ckp ngan org yg ckp besar cam ni. Skrg ni mmg susah nak tegur L. Dah le keje tak nak. tiap2 mlm kuar tak tau mana arah tujuan, awal pg baru balik. Bila tanya kata kuar mkn ngan kawan. tak de duit mintak ngan mak(nenek yg jg dia masa kecil)
Masa balik cny hari tu aku ade perasan dia ni dah lain sgt. Muka pun dah berubah. langsung tak berckp ngan aku pun. Mata L pun tak mcm dulu lg. S pun ade perasan gak. Aku dpt rasa lah mungkin L ni kene buatan org. S pun agak cam tu. aku tak nak tuduh. Sebab ape.. ade org penah kata org yg terkena ni mata dia suram. allah hualam lah. dia skrg mmg langsung tak dgr kata & tak hormat kan family lg. hati dia mmg tak ingat family lagi. Hidup dia hanya kawan. Langsung tak lekat kat rmh. Dgn adik2 langsung tok le bersua muka, ade je hal akan terjadi. Mungkin dia rasa rmh tu panas kot. Bila aku ckp cam tu kat ma dia mmg tak percaya benda2 cam ni.. aku pernah ckp kat ma supaya buat kan sikit supaya dia lembut hati. Bukan nak mintak apa2. Pa pun dah buatkan sembahyang hajat untuk dia skit biar dia tenang kat rmh tu. tp sampai hari ni tak de apa2 pun. dia still ngan perangai lama gak. aku ni kesian ngan Ma&pa. Ma tu dah le tak sehat sgt (mcm penyakit) bila anak buat perangai cam ni di tentu susah hati (walaupun dia Tak tunjuk kan). Kengkadang tu bila dia byk pikir darah ma naik. Bila tny ma jwb lupa mkn ubat. Tu suma L tak fikir.
Bila L dah buat perangai cam tu aku takut adik2 bwh dia nanti akan ikut. aku ade 2 adik perempuan kecik lagi. aku rindu kan suasana cam dulu tu. Boleh gelak & ketawa sama, Walau pun aku ni jarang balik kg tp bila sesekali blik tu aku rindu nak makan sama2 satu keluarga. ni tak bila balik je L tak de rmh. Rasa kurang meriah je rmh tu. kurang sorang kat meja mkn tu, kurang sorang nak gelak bersama. aku tau bkn aku sorang je, ma&pa dan adik2 pun rindukan suasana cam tu. aku harap satu hari nanti L akan berubah..

" SELAMAT HARI LAHIR KE-20. SEMOGA KEMATANGAN SEIRING DGN USIA.
L...,
KETAHUI LAH, AKU DAN ADIK2 SERTA MAMA&PAPA SAYANG KAN KAU.
KAMI MASIH PERLUKAN KAU, KAMI NAK L DULU KEMBALI DLM HIDUP KAMI...
BERUBAH LAH.....

Monday, February 13, 2006

adik ku sayang...

14 feb ni genab lah umor adik perempuan aku (L) 20 thn. Di sebabkan umor aku ngan L beza setahun je kami rapat walau pun masa kecik L di bela org lain tp kami still jumpa. Dia pun tahu siapa mak bapak dia, kenal adik beradik dia. Kami cuma berbeza tempat tinggal je tp kasih sayang ma&pa tetap sama antara kami adik beradik. Bila L dah besar skit (kalo tak silap masa dia form 1) L dah tinggal ngan kami balik. Masa tu apa2 aktiviti aku ngan L buat sesama (Penah curi2 kuar tgh mlm gi clubbing). Bila aku dah tunang aku dah mula slow. Dia still cam dulu.

Penah february 2004 L exsiden ngan adik lelaki (s) sbb kuar curi2 gi tgk sure heboh. Dua2 masuk hospital. L patah kaki kanan ngan tgn kiri patah , S cuma retak je. masa tu lg berapa minggu je aku nak tunang. Balik keje kengkadang aku gi jg dia kat spital. dkt 3week jg L kat spital. 3-4 hari lepas operation br di benarkan balik. So majlis pertunangan aku jg berjalan. Lepas tu aku tgk dia dah slow skit. lepas tunang je aku dah pindah keje kl. Bila dia dah sehat skit, L dah mula balik perangai lama tp masih undercontrol. Masa L nak ambil spm, dia dah de lisen kereta so dia bebas gunakan kete pa... Habis spm L try mcm2 keje. Dr keje kat bowling center (tempat keje lama aku), keje kat pejabat kontrakter, pas tu nak kan yg mencabar mintak izin ma&pa nak gi keje kat kl (dok rmh sepupu). Sumer keje tak tetap adalah sebulan dua plg lama pun tulah kat bowling center tp tak le sampai setahun. Yg terbaru ni lepas berhenti keje kat S.A dia blk mlk keje kat kilang Bt. berendam tp tu pun tak lama dlm seminggu dua je..

Yg terbaru ni masa cuti CNY aku ade blk kg. Aku tgk dia dah betul2 berubah. Sejak dia dah de bf, dia bkn L yg dulu. Ma penah cite skrg ni L dah lain sgt. L langsung tak duduk lama kat rmh. L cuma akan balik utk tido je. Mkn pun kat luar skrg, makanan kat rmh langsung tak jamah. Skrg langsung tak drg kata. Bila di tegur L akan lawan balik. Kalo dgn ma&pa dah buat mcm tu, dgn adik beradik lg lah tak mkn kata. That way lah ma&pa diam kan je, tp dlm diam hati mereka terluka. Dgn adik beradik langsung tak bercakap, aku tgk dia lebih suka menyendiri dlm bilik. Masa aku blk cuti tu aku cuba2 gak berckp dgn dia nak korek rahsia, tp aku tgk dia dah jd perahsia skrg susah nak bc hati dia . Aku rasa perubahan tu sebab skrg L dah de Bf, ma tak penah tgk mukaBf L walaupun dia pernah hantar L balik. Masa tu ma tgh menjemur baju. Bf L langsung tak kuar dr kereta L. L pun langsung tak pernah nak kenal kan bf dia pd family. Ma&pa tak kesah lah siapa jantan tu janji kalo L dah suka ma&pa akan restu. Itulah Ma&pa aku dia tak kan sekat kemahuan anak2 janji anak2 bahagia.

sambung.......

Thursday, February 09, 2006

confius

aku compius lah... sebab ape? Sebabnya aku mmg dah sebulan lebih tak priot.. pas tu dah le pi check guna pregnent test (beli kat farmasi) tgk ade dua line.. pas tu tak puas hati lg, pi check kat klinik lak.. pas tu doc buat scan tgk compom mmg benda tu baru nak jd.. sah le aku dah peknent.. tp doc tu pun sengal tak bg tau berapa minggu, yg aku ni pi kira start dr 18/01(1st day priot) tu lah yg dpt 3weeks tu. Pas tu enty yg lepas bila kak wani bg web site pregnentcy tu aku gi check dr tarikh aku last priot tu baru dpt tau lebih kurang 7weeks (sebenarnya aku last priot 23/12). Masa mula2 dulu tu nampak gak perut aku ni skit.. so bkn main lg suka lah aku ni.. pas tu kengkadang tu rasa mengeras je perut ni, kengkadang tu kat pusat tu rasa geli2 skit. Sampai saat ni aku belum ade morning sickness lg, loya2 pun belum lagi (cuma sehari dua memula tu). skrg ni perut aku langsung tak ras ape2 lg.. tak de rasa keras ke, geli lg ke.. kenapa eh... MMg cam ni ke..? patut tk aku gi check.. aku takut lah ape2 terjd sebab masa mula2 tu ade le kuar darah skit... tp doc ckp normal. dia bg mkn ubat kuat kan rahim.. tp ubat tu dah habis. skrg darah pun tak keluar lg. doc tu pesan lg 4weeks dtg semula utk check-up.. so dlm kes aku ni patut ke aku gi check skrg...??

Tuesday, February 07, 2006

AlaNgkah SeroNok Nya..

Alangkah seronoknya time cam ni bila ade family dekat ngan kita.. ape teragak nak makan ckp je mesti terhidang.., bila sakit pening cam ni ade je org tolong tgk2 kan, tak mama... papa yg tgk2 kan, kalo tak ade gak dak Tika & Mira tolong amik kan air,... tp biasa lah lumrah hidup orang merantau, pandai2 lah carik sendiri.. pandai2 lah jaga diri sendiri. Bila teringat cam tu pasti sayu je hati ni..

Monday, February 06, 2006

GuMBiRanYA Dlm HaTI

hapy b'day to me..
hapy b'day to me..
hapy b'day to lempoyak..
hapy b'day to me..

wah alhamdulillah tambah lg setahun umor aku. Moga2 dengan peningkatan usia ni bertambah lg kematangan aku. Hari ni genab umor aku 21 tahun. kalo bg remaja lain pd usia ni lah hidup mereka akan bebas dgn menentukan cara hidup mereka. tp bg aku pulak pd usia ni aku sudah pun ade tanggunjawab sendiri. Aku harap aku dpt pegang tanggungjawab ni sehingga akhir hayat aku. Thank's pd bloggers (kak lady, kak sya, oren, arena, MR) yg awal2 dah wish kat aku. Pg td gak aku dpt maseg dr ma&pa wish hapy b'day kat aku. Terharu gak bila bc maseg tu. Hadiah dr hubby... thn ni aku dpt hadia yg paling spacial dr hubby...ape eh? Oklah semperna b'day aku hari ni aku nak buat satu pengumuma, bahawasanya sekarang ni aku... tgh PEKNENT.. 3WEEKS. Alhamdulillah berkat usaha dan doa dr kengkawan bloggers sumer akhirnya aku dpt peknent.. pas ni boleh lah aki menjoin geng ibu2 ngandong (OREN, KAK WAN, KAK WANI, MAS, NERO, JEMS). Buat masa ni aku tok le nak hapy sgt ngan peknent ni coz ia nya masih baru lg, oleh itu aku kena byk2 bersabar dan sentiasa berdoa supaya ianya terus berada sehingga bulan ke-9. Buat masa ni jugak aku belum ade morning kidness lg. Aku masih mampu lakukan kerja rmh dan sebagainya.

Aktiviti time cuti aku byk aku habiskan masa kat mlk. Di sebabkan mood hubby baik hari tu dia benarkan aku stay kat mlk lama skit sehingga sabtu last week. Hubby terpaksa balik awal coz keje. Aku pulak blk kl tumpang cousin aku. Aktiviti aku kat mlk just dok rmh, ptg ajak ma gi MYDIN, than gi bandar hillir, belah mlm pulak gi melawat rmh sedara-mara, tgh mlm baru le balik. Tak pe lah nanti kalo aku rajin ptg aku akan post entry aktiviti cuti aku.. buat masa ni aku malas skit. Ni rasa dah ngantok lak.. cam nak tido je. lg pon opis aku tak de org, rasa2 nya dpt kot aku curi2 tido kejab kot...