Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Tuesday, June 27, 2006

kisah hidupku..... part 2

Selepas kes rmh tu.. timbul pulak pasal kedai nenek. Bila kami semakin membesar dan nenek pun dh semakin tak sehat, nenek serah kan kedai tu pd papa... Pd mulanya semuanya berjalan dgn sempurna tp bila satu insiden berlaku dlm keluarga busu(adik pompuan papa), segalanya berubah. Pd masa tu Busu sefamily tinggal kat kuantan, bila terjadi je insiden tu, suaminya ambil keputusan berhenti kerja dan pulang semula ke melaka. Bila dh menetap balik kat melaka dan tak de pekerjaan busu mula suarakan hasrat nak berniaga kat kedai nenek tu.. Konon2 balik tu boleh lah dia tengok2kan nenek yg tak berapa sehat tu. Mula2 tu papa meniaga juga lah bersama2 ngan busu tp biasalah bila dah berkongsi adik beradik ni byk masalh yg timbul.. akhir sekali papa terpaksa mengalah je bg busu ngan suami dia berniaga kat situ... Masa ni nasib baik lah papa ade skit skill buat brg perhiasan ukiran... papa cuma ambil tempahan buat ukiran kat rmh je.. tp berapa lah sgt. Tp kami ttp bersyukur.

Pd masa ni mama masih lg terus mencari2 rumah utk di beli... (masih lg tanpa pengetahuan nenek dan adik beradik papa). Mama nak tunjuk kan pd mereka yg kami pun boleh hidup tanpa duit dr meniaga kat kedai nenek tu. Di pendekkan cerita... bila nenek, papa & arwah mak long telah berangkat menunaikan haji je, mama terus uruskan hal2 berkaitan dgn rmh tu. Masa ni mama tgh mengandungkan Adik D (adik yg ke-4) 8Bln. Masa ni sumer mama uruskan sendiri sehingga terpaksa berulang alik ke kl bersendirian dgn perut boyot2 utk uruskan hal2 rmh tu. Mungkin dgn berkat doa papa kat tanah suci tu, segala urusan pembelian rmh tu di permudah kan oleh Allah. Hari berganti hari, bulan berganti bulan... dr dpt kunci rmh sehingga lah pergi cuci rmh tak de sorang pun yg tahu kami dah de rmh sendiri utk diduduki. Segala2 nya terbongkar bila satu mlm tu My parent duduk bersemuka ngan nenek dan adik beradik papa utk bg tau yg kami akan berpindah dlm seminggu dua lg. Masing2 nampak cam tak percaya je.. yg kami boleh ade rmh sendiri. Nenek bukan main marah lg sampai jatuh sakit. Nenek kata my parent buat keputusan membelakangkan dia.. Tp apa yg boleh my parent buat.. tu shj cara yg terbaik yg boleh mama & papa buat utk kebaikan kami sekeluarga. Kalau berbincang dgn mereka mungkin sampai sekarang pun kami tak de rmh dan masih lagi merempat kat rmh nenek tu... Masih aku ingat lg masa kami nak angkat brg tu nenek masih lg bermasam muka ngan mama. Nenek bercerita sana-sini yg mama dah guna2 kan papa sampai papa jd bodoh. Telinga aku ni masih dgr lagi yg nenek kata " korang jgn harap aku nak jejak kat rmh ko tu.. kalo dh keluar rmh ni aku tak nak campur lg hal korang anak beranak".. Ade ke satu mak boleh ckp cam tu pd anak menantu dan cucu dia... tp aku, mama dan adik2 tak pernah simpan dlm hati pun. Pintu rmh tu sentiasa terbuka utk nenek. Skrg pun nenek selalu gak dtg rmh tu...

Pd thn 1996 papa dpt pekerjaan ttp, sbg pemandu peribadi kpd seorg doto'. Bermula pd masa tu lah hidup kami berubah skit. Alhamdulillah berkat kesabaran mama & papa.. kami dpt beli sebuah rmh lg (bersebelahan rmh skrg). Dulu papa cuma ade sebuah motor honda je, motor tu lah yg membawa kami kemana-mana, tp sekarang Alhamdulillah kami dah memiliki 2 buah kereta dan sebuah MPV. Semua ni bkn dpt dgn sekelip mata.. ia hanya dpt di beli dgn kegigihan, kesabaran dan penghinaan yg kami terima. Aku betul2 bersyukur skrg ni. Aku beruntung dpt parent yg punya semangat yg gigih dan tabah... kalo tak memungkin kami tak kan ade semua ni. Walaupun mama dah buktikan pd kuarga papa yg kami mampu hidup sendiri, namaun hr ini masih lg ada adik2 papa yg tak senang hati ngan keluarga kami lg.

Skrg aku dpt lihat... mererka2 yg byk menghina kami selama ini tak pergi sejauh mana pun. Bukan aku nak mengata apa lg nak memburuk kan mereka tp mmg realiti.. mereka masih di takluk lama, masih lg menumpang dan masih lg tak punya apa2. Busu pulak asyik jg tepi kain org skrg ni rmh tangga kucar-kacir. Nenek yg selama ni asyik mendengar kata busu seakan di pinggirkan dan makan minum tak di jg walaupun busu masih lg duduk bersama2 nenek skrg ni.

mama & papa selalu berpesan pd kami adik beradik, apa yg my parent kumpulkan selama ini bkn di perolehi dgn mudah byk ranjau dah cabaran yg perlu mereka lalui, oleh itu kami perlu bersyukur dgn apa yg ade skrg ni. Alhamdulillah aku bersyukur pd-Mu ya Allah.... mama juga selalu berpesan jgn sesekali kami berdendam dgn nenek dan adik2 papa. Biarkan mereka buat keluarga kita tp jgn sesekali kita buat mereka... bila kita bersabar byk kebaikan kemudian hari...

Friday, June 23, 2006

kisah hidupku.....

Sebenarnya cite ni mmg dah lama aku nak tulis tp aku tak tau cam ne nak mulakan.. Ianya merupakan kisah perjalannan hidup kami sefamily yg sering di pandang hina oleh kuarga papa. Tak tau lah apa salah kami.

Seingat akulah dulu papa mmg tak berkerja cuma tolong nenek meniaga. Papa tak sempat nak habiskan persekolahan, setahu aku papa penah cita yg dia cuma sekolah setakat darjah 6 shj. Lepastu terpaksa tlg nenek meniaga. Dr menjual kuih naik basikal sehingga lah nenek dpt buka kedai perhiasan kat bandar melaka. Mama pulak sek sampai ting 5 lepas tu dpt tawaran jd polis. Habis rekerut mama terus di tugaskan kat bandar melaka sehingga sekarang. Kat melaka lah mama jumpa papa. Yg aku tau mama bkn lah menentu pilihan dlm kuarga papa. Di sebabkan mama je sorg yg berkerja, ditambahkan masa tu kami 3 beradik lahir sethn satu., mama tiada pilihan terpaksa duduk rmh nenek. Seingat aku masa tu mmg ramai adik beradik papa yg tingga kat rmh nenek.. even sumer dah berkeluarga. lg satu mmg tabiat nenek aku yg tak bg anak2 dia ddk berasingan, mungkin senang bg nenek nak kawal peri laku anak2.

Pernah satu hr raya tu mama & papa dah planing nak blk ipoh, konon nak sambut pg raya kat sana lah (sjk mama kawin ngan papa mmg tak pernah sambut pg raya kat ipoh sehingga lah skrg pun) tp dua hr sebelum tu nenek dh bermasam muka ngan mama& papa sampai tak bertegur sapa. Nenek siap ckp jgn naik kete merah tu (tak salah jenis toyota). Mmg lah tu kete nenek sebab nenek yg bayar bln2. Apa salah bg kami pinjam sekejab, nak blk kg mama je. Tp tak pe mama &papa ttp bersabar je. My parent bertekat naik bus. Masa tu aku ingat lg tabung ayam kami adik beradik jd mangsa sbb duit yg papa kumpulkan nak blk kg mama tu nenek mintak balik (duit tu sebenarnya duit gaji papa hr2 tlg nenek meniaga). Akhirnya kami dpt blk raya kat ipoh gak (itulah yg pertama dan terakhir). Mama penah kata tok wan pesan pd mama, selagi hidup nenek dia tak galakkan lg mama balik berhari raya kat ipoh. Bkn mereka merajuk tp tempat isteri disisi suami. Bila dah berkhawin dan duduk dgn mertua kena dgr kata mertua.

Bila kami semakin membesar... mama pernah suarakan pd papa yg mama nak beli rmh sendiri dan mulakan hidup baru anak beranak. Papa setuju. Akhirnya mama dan papa dpt cari sebuah rmh flet je. (Dulu2 ade satu pakej yg mana rumah tu boleh kita sewa selama beberapa tahun, bila pemaju dah untung dr duit sewa tu pemaju akan jualkan pd kita dgn separuh harga). So disebabkan my parent tak ckp duit nak beli rmh, mama setuju dgn pekej tu. Bila dh setuju dan segala surat perjanjian dh di sign... nampaknya tak lama lg kami sekeluarga akan berpindah kesana. Tp sekali lg dtg masalah... bila nenek dpt tahu je terus nenek bising sana sini bg tau yg mama beli rmh tu guna duit meniaga nenek. Ye lah masa tu mama pun baru je keje berapa le sgt gaji polis masa tu.. papa pulak tak keje. (mereka ni sumer tak tau hujung pangkal terus tuduh2, lebih2 lg byk batu api belakang nenek). Bila nenek dah bising2 mama pun dah tak kuasa lg terus bg nenek kunci rmh tu. Nenek pulak dgn senang hati bg kunci rmh tu pd pak ngah. Bg dia anak beranak duduk rmh tu. Sedang kan (rmh tu atas nama Mama, Papa, aku, adik L, adik S ngan abg sepupu aku abgW je) kami lgsung tak dpt ddk sehingga sekarang. Utk pengetahuan sumer skrg rmh makcik Z yg ddk(adik ke4 papa) dan masih lg belum habis byr sehinga pihak bank mencari kelima2 penama diatas surat perjanjian tu. Mama pernah pesan pd kami adik beradik, bila mama & papa dh takde jgn sesekali kami adik beradik pertikaikan ttg hak rmh tu lg sbb apa yg mama ngan papa tinggal kan skrg dh ckp utk kami 9beradik. Aku pun mmg tak de hati ngan rmh tu, walaupun aku selalu gak singga rmh makcik Z tu.


akan bersambung.....

Thursday, June 15, 2006

Start esok aku akan bercuti sehingga isnin dpn sebabnya hari ni aku nak balik melaka, cousin aku khawin. Wah sonoknya.... Sebenarnya last 2week aku baru je balik melaka pun, sepupu lelaki aku kawin. Ni sepupu pompuan aku lak. Semlm dah siap pack kan brg, rmh pun dah siap kemas habis keje ptg ni je nak terus gerak. Ikut perancangan, aku nak balik rmh MIL dulu than esok pg baru balik melaka. Hari selasa pulak aku mungkin amik 1/2 day, coz nak gi cheak-up. nanti kalo sempat selasa ptg aku up date lagi yek. What ever pun selamat bercuti dan berhujung minggu.

Thursday, June 08, 2006

Aku hangin Satu badan ....

Semalam aku betul2 hangin. Dahlah dlm hujan balik rmh, naik je tangga rmh, anak jiran dpn mengadu cemin tinggap rmh aku pecah. Bila sampai je dpn rmh check tgk mmg betul 2keping cermin tingkap tu pecah. Bila tanya budak2 dpn tu diorg ckp anak jiran bawah rmh main bola dpn rmh aku terkena cermin. Bila tanya lg betul ke, ramai yg jadi saksi masa kejadian tu. Aku pun apa lg call hubby bg tau, hubby pun sama hangin. Hubby suh pi mintak mak budak tu ganti. aku dlm keadaan marah tu pi lah rmh jiran bwh, konon nak mintak ganti lah. Berjaman gak le aku bg salam & ketuk pintu rmh dia boleh dia tak dgr kat dlm tu, pd hal masa aku balik tu mmg aku nampak dia anak beranak dok berlonggok kat dpn rmh. Dlm 5minit tu anak pompuan dia bukak pintu, pastu mak dia pun kuar, aku pun tanya lah...

aku : kak bdk2 dpn tu bg tau anak akak main bolah dah pecah kan cemin tingkap rmh saya.
J : Mana awak tau..
Aku : mmg lah saya tak nampak, saya baru blk keje, tp ramai bdk2 nampak kak dia yg tendang bola tu.
J : Eh awak tok leh nak salah kan anak akak je tau, ramai lg bdk2 yg main kat atas masa tu .. bkn dia sorang je. Abih cam ne awak nak soh akak ganti ye..
Aku : ye lah kalo boleh..
J : eh dulu rmh akak pun pecah gak tp tak de pun akak mintak bdk2 ganti pun.... bla..bla..bla
Aku : tu akak.. ni saya lain. .
J : bla..bla..bla (dgn nada kuat2 dia ttp dgn keputusan dia tak nak ganti)
Aku :Dah berapa kali pesan bdk2 ni jgn main dpn rmh saya, tp degil. Kang kalo tegur salah. Tu ha pdg besau2 tidak kat belakang tu pi lah main kat sana dpn rmh org yg nak main skrg dah pecah tak nak mengaku pulak.. (nak je aku tambah lg, mak bapak pun satu hal tak kan tak bg tau kat anak2 tempat bermain kat padang, bkn dpn rmh org ke, even dlm rmh sendiri pun bkn tempat yg sesuai nak bermain)

Aku yg dah bengang tahap dewa tu pun ckp lah..

Aku :lah ok tak pe.. Skrg akak panggil anak akak tu pi kutip kaca2 tu kat dlm rmh saya skrg...
J : Dia tak de tah mana gi...(terus tutup pintu kuat2)

masa ni nak je aku carut kan pompuan tu.. langsung tak de budi bahasa nak mintak maaf ke apa ke.. Mmg lah cermin tu tak berapa sen le sgt tp aku yg dlm kepenatan balik dr kerja tgk cam tu mesti lah naik hantu dlm badan. Aku pun sebenarnya tak kesah sgt kalo akak tu dtg mintak maaf atau soh anak dia dtg jumpa aku masa nampak aku balik keje tu. Ni tak nampak aku je terus ttp pintu rmh pas tu sorok kan anak dia. mmg lah aku geram sgt.... Mlm tu hubby balik keje, hubby ckp lah kuat2 kat dpn koridor rmh...

Hubby : lepas ni kalo ade lg bdk2 main kat dpn ni halau je sumer pi main kat bawah tu ha.. tgk hari cermin pecah tah esok lusa apa lg yg pecah.. nanti sorang pun tak nak megaku..

Aku nak tanya lah korang rasa betul ke tindakan aku tu... ?

Thursday, June 01, 2006

Laporan terbaru...

Sorry ye dak ayu semlm aku betul2 tak sempat nak mengupdate. Maklumlah sejak 2menjak ni start big boss dah bukak kedai mkn ni aku jd bz skit. Maklumlah skrg aku dah kene handle a/c kedai makan tu, lebih2 lg semlm dah hujung bln, maka aku kena settlekan gaji pekerja ngan stok barang utk 1/2 bln ni. Pening kepala aku ni, ni baru handle a/c yg kecik, kalo a/c company tak tau le cam ne. Alah aku just buat a/c yg simple je janji bos paham dah ckup.

Mesti korang sumer tanya kan mana aku menghilang sbb dah lama tak mengupdate. Sebenarnya aku tak hilang kemana2, cuma blog aku ni ade problem skit, bila taip je lambat huruf2 tu kuar. Pastu pulak nak post still tak kuar2 lg. tu lah yg buat aku malas nak menaip tu. Sakit hati tau bila dah penat2 taip tak leh post. nasib baik lah aku ni pun bkn penagih tegar mcm MR tu... kuang.. kuang... kuang...

Perkembangan terbaru aku skrg ni... kandungan dah nak masuk 6bln this weekend alhamdulillah aku ngan baby sehat. Perut pun dah leh nampak dah. Baby pun dah start gerak2. Skrg aku cepat letih ngan pinggang dah start sakit. Insyaallah hujung minggu ni nak ajak hubby gi beli brg baby. Satu benda pun aku belum beli lg ni. Oklah aku nak tanya pd yg dah de pengalaman kan, apa brg yg patut aku beli dulu... kalo bulih aku nak listkan apa brg yg penting dah kurang penting sebab aku tak nak membazir sgt. Tak nak lah nanti kehendak mengatasi keperluan. Maklumlah bila dah tgk brg baby yg cute miut tu boleh jd gila di buatnya.

Oklah nanti senang senang aku update yek...