Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Monday, November 28, 2005

FULL HOUSE BUKAN OPENHOUSE

last weekend hari yang paling seronok utk aku coz wholl my family dari melaka dtg rmh.. first dlm perancangan ma & pa je nak dtg 2 kete bwk adik2, atok and mak (nenek) je..tu pun last minit bg tau nak dtg rmh aku(jumaat mlm) coz on saturday and sunday tu mmg ma&pa tk keje jd saje nak bwk mereka jenjalan kat sini. Than jumaat mlm tu mula lah tugas aku nak prepy rmh (kemas rmh yg dah berminggu2 bersepah coz setiap minggu je ade hal tak jd kemas rmh). Mula dari hall rmh, bilik, balconi, dapur dan last, toilet. Peh... pnt jugek lah mengemas, hubby... dia biasalah dgn habbit dia. Dari blk keje, mandi, mkn, than tgk tv, siap baring kat sofa lg. bkn nak tlg aku. Aku le sengsorang kemas rmh tu..(sib baik apatment tu kecik je..). Dari mlm tu dah dok pikiq ape nak masak sok ni... Tgh hari sabtu tu ma call

ma : kak nanti ma nak betolok dr melaka mkin pukul 3.00p.m kot.... adik bwk kete satu lg tu..mkn lambat skit kot sampai sebab nak konvoi dng adik..dia fill jln nak gi rmh kau.
aku: ye lah...bebaik bwk kete tu.. sampai tol bg tau lah. takyah singgah mkn tau nanti mkn kat rmh.
ma : kau tak yah masak, ma dah siap masak ni bwk utk kau. Kau msk nasik ngan kuah sayur je tau..
aku : aik siap masak dr rmh knp takut tak bg mkn ke..
ma : piok rmh kau tu kecik2 je maklum lah tgl pun bedua..
aku : yup...(dlm hati sib baik ma aku tu paham..)


dlm pkl 4.30 tu ma call lagi...

ma : kak ma dah nak kuar tol ni...
aku : dah sampai tol sg. besi ke..?
ma : blm lagi.. ni baru nak kuar tol ayer keroh..!!
ma: kau dah siap masak ke...
aku: blum lg..
ma: kau masak nasi tu lebih skit tau..buat le tambah2 lauk skit.
aku : wah cam le ramai sgt nak dtg rmh org ni
ma : ramai ni ade 4 bijik kete.. pak ngah & family, busu&family pun ikut gak} (ni 1st time dtg rmh baru aku)
aku: biar betul ni....(dlm hati alamak ramai nya nak serang rmh aku ni.)

so lepas tu je, bermula lah aktiviti aku br joget kat dapur tu memasak(nasib baik bahan2 sumer dah siap tggl masak je). pkl 6.30p.m siap sumer 3 jenis lauk tu...
dlm pkl 7.00 diorg pun sampai. Alah biasalah bila berkonvoi tu mesti lewat skit tiba..ade yg sesat jln, berhenti2 tu tah berapa kali(biasalah bwk bdk2). Masuk je rmh penoh dah hall rmh aku. Aduh rasanya menyesal lak sewa rmh kecik2 ni. Tp nasib bik ade gak rmh nak sewa ni kalu tak kat ne le aku ddk skrg ni..
hubby dah pening ialah kuarga dia pun tak besar...adik beradik pun dua tiga kerat je..sumer pun pendiam gak..kuarga aku lak kalu berborak tu org kalu tak kenal ingat kitorg bergaduh...(ckp staill kuat2 gak). Dalam pkl 8.30, cousin aku lak dari shah alam dtg satu family..mak sedara aku kat gombak tu pun dtg gak bwk anak cucu dia. Aduh bertambah penuh rmh aku.bak kata ma, tak dtg..tak dtg..sekali dah dtg penuh rmh aku FULL HOUSE... aku pun apalagi happy semacam le..sekurang-kurangnya ade gak sedara aku yg nak datang rmh aku. Bila dah ramai sgt tu terpaksalah letak kusi meja,sofa sumer kat koridor . Biasanya rmh aku ni sunyi sepi je..bila dah bising2 cam ne sumer jiran2 tetangga ingatkan rmh aku ade kenduri or open house (maklumlah hari raya). Ade sorang dua anak jiran aku yg dok menebing kat luar rmh. Ialah diorg ingat aku wat oponhouse tak jemput mereka...oitttt ni bkn rmh terbukalah..ni pintu yg terbuka. terpaksalah aku dok terangkan pd jiran2 yg kjb2 lalu-lalang kat pan rmh aku tu, takut diorg sume kecik hati... Bila tgh mlm dah melabuhkan tirai... it's time untuuuk tidooooo.....bila cousin dan auntie sumer dah balik, kemas2 rmh yg mana patut lepas tu masa nak susun atur tempat tido lak. Nasib baik mereka ni tak cerewet sgt. Sumer mana letak je habis terlelap. Separuh tido kat bilik, ade tu kat bolconi pun boleh tido.
Bila dah pg lain lak cite... masa nak mandi pulak. masing2 tepaksalah menunggu giliran nak mandi, untuk elak kan masing2 berebut, toilet bilik aku lah jd mangsa...tak sal le janji tak belecak(kotor) bilik tido aku tu dah le... so pg2 aku dah bangun siapkan kan sarapan..buat air,nasik goreng.etc . diorg ni pun mkn tak susah..beli je roti canai 30pcs, nasik lemak skit, kueh dua tiga jenis dah cukup diorg mkn habis licin.Tgh hari tu kitorg serang lak rmh antie aku kat gombak lah coz dah telanjor sumer ade tu dia nak buat kenduri doa selamat skit. Tu tak yah nak jemput org lain pun, sedara-mara pun dah 10 dulang. Semalam lepas je gi jenjalan diorg pun terus bertolak balik lah ( pkl 9.00pm). Bila sume dah bertolak balik aku apa lagi....dengan misi aku terus mengemas rmh yg dah mcm tongkang nak belayar tu. Seb baik lah sebelum balik tu ma & mak busu dah tlg kemas kan separuh, jg tinggal yg belance tu aku settle kan. Pkl 12.30p.m je selalai le misi aku, so hari ni blk je keje tak le rmh bersepah2. Walaupun penat (Penat berjalan, penat layan kerenah masing2, penat mengemas rmh) tapi aku hapy sangat.. Hapy sebab dpt berkumpul ramai2.

8 Comments:

At 4:20 PM, Blogger oren said...

family in law selalu dtg umah aku..dulu memang semua pakat mai serbu, tapi sejak2 BIL pun dah duduk di KL, depa pakat pi umah dia plak...ekeke..umah aku sempit, apt plak tu..nak parking pun payah..umah BIL nih umah teres, parking keta pun depan umah, so, depa suka pi sana dah..tapi aku memang suka sedara mara mai umah..tang makan tak payah mana..share sorang sikit dah boleh jadi menu..memang berselera makan ramai2..kalau kami bertiga jek, alamatnya tak berhabis lauk tu..

 
At 11:00 AM, Blogger Mas said...

kuarters aku besar tapi jarang orang serang rumah aku.tinggi sangat sume orang gayat, dah ler tak der grill.
barang pun tak penuh lagi sebab sume barang beli antar kat perlis kuarters hubby. macam aku rumah ni jadi padang bola jer. bila nak mengemas sakit pinggang aku sebab satu jam pun belum gerenti habis. aku suka rumah yg tak besar sgt, senang nak kemas.

 
At 5:08 PM, Blogger lempoyak said...

OREN-: aku pun kalau boleh nak carik rmh teres tp bila pikirkan kos hidup kat kl ni boleh tahan lah besanya... jd niat tu terbantot. tak pe lah skrg ni pun ddk be2 je, teksah sgt. nanti bila dah ade anak yg sdg membesar terpaksalah cari rmh teres. lg pun sedara mara aku tu jrg dtg rmh aku..

MAS-: rmh aku yg kecil tu pun kalau nak mengemas dekat begejam jugek leh (mana tak nye sambil kemas sambil tgk tv)..tu baru rmh sekangkang kere tu kalu besar cam rmh banglo tu ke, rasanya nak berhari jugek le aku mengemas. walau pun tinggal berdua, hubby lah tukang penyepahnya.

 
At 5:25 PM, Blogger NONIE AZIZ said...

Hehehe...aku sedara mara mmg tak pernah sampai rumah adik beradik aku ade ler...aku senang masak kat kedai...karang aku masak lain jadi nyer!

 
At 7:48 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

best ek ramai2 dtg hehehe sonok giler.. mcm aku arituh..aku kelam kabut gak.. tapi hubby aku rajin..aku masak dia yg kemas umah hehehe senang sket.. :P

aku rasa aku tau nape ko takleh masuk blog aku heheeh.sebabnya kat sini bila aku bg komen kan ke aku kene log in sbg blogger..sedangkan address blog aku kat tripod.so dia tak link le dgn id aku yg blogger tuh hehehe.. ko save le aku nya add.. http://sitirahayu.tripod.com/luahan-rasa

 
At 2:50 PM, Blogger WRA said...

memang seronok kumpul ramai2, riuh semua org nak bercerita...bukan selalu dpt macam ni kan?

 
At 5:20 PM, Blogger Arena said...

Myself baru jek lepas buat gathering gitu.. pheww letih jugak.. but worth it.. kalau serbu rumah aku, sempit gak sebab dok apartment kecik jek.. tapi my hubby ed memang tak berapa favor rumah besar dia kata kitorang berdua pemaleh ngemas.. ye ke? aku rasa aku rajen..kekekkeke...

Thanks 4 dropping by my blog..

 
At 12:19 PM, Blogger lempoyak said...

MR-: sedara mara aku tu pun jrg jgk dtg rmh, tp disebabkan aku br je pida rmh baru tu 5 bln lepas + dgn hari raya so mereka dok pakat le serbu rmh aku tu. even my ma pun jrg jgk dtg rmh ,masuk ni baru 2x je (ma always bz maklum lah dia skrg still keje lg dgn jab kerajaan)

AYU-: mmg seronok bila dpt berkumpul ramai2 ni. tp penat jgn cakap...aku dah biasa coz aku mmg dilahirkan dlm keluarga besar. pasal nak masuk blog kau tu skrg aku guna link oren dari situ sng skit masuk. aku ni tak reti nak create link sendiri maklumlah aku ni benak skit ttg komputer ni.

KAK WAN-: aduh mmg bising sgt.. family kitorg ni kalau berkumpul mmg riuh rendah cakap pun mcm nak gaduh. Lepas tu start le sakit tekak suara pun dah mcm alien..

ARENA-: alah duduk bedua je knp nak membazir sewa rmh besar2. ade tu pun dah bersyukur. mkn lepas ade ank kut baru nak plan beli rmh besar skit. thank coz sudi gak tinggal kan jerjak kat sini eh...

 

Post a Comment

<< Home