Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, December 01, 2005

AlaHai....PerAnGAi DiA BikIN AKu HilaNG sAbaR

semalam dlm jam 6.30pm aku dpt berita sedih dr ma ttg kematian abgX. Sebenarnya abgX ni abg sepupu aku.Dia meninggal disebabkan penyakit yg tiada penawarnya sehingga kini iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan(HIV). biarlah... itu pilihan dia masa muda dulu, dan kini.. ini lah akibatnya yg dia terima. Kesian aku dgn mak sedara aku tu. Dulu sorang anak dia pergi pun pasal tu jugak. Tah lah mungkin dah nasib dia dapat anak cam tu. Tak boleh salah kan mak bapak coz benda ni sumer mereka yg pilih tanpa pengetahuan mak bapak. kat sini aku bkn nak pertikaikan ttg kesalahan siapa2, cuma aku nak cite skit perangai hubby yg buat aku bengang sampai pg ni.
Semalam lepas hubby habis keje aku gi le jengok kat HKL. Lepas mereka bincang2, mereka nak bawak jenaza balik kebumi kat kg. So lepas sumer settle aku pun bincang2 ngan hubby nak balik melawat. Kat sini lah mula konflik.

hubby: alah tak yah le nak balik dah dtg melawat kat sini pun okey wat..!!
aku : eh lah balik le jab.
hubby : awak tu kerje swasta tau, mana ade cuti.
aku : skrg tak kira swasta ke gamen ke kalau da kes kecemasan cam ni boleh amik cuti ape..bos pun mesti paham gak..!!
hubby : tak yah nak ngade2, mak sedara awak tu pun mesti paham gak. bkn tak nak balik gaji blom kluar lagi...
aku diam je (dlm hati cis tulah masa ade aku simpan skit duit utk time sesak2 cam ne dah habis kau gunakan nak repay kete lah beli tu lah beli nilah)
aku : tu lah kan ke dah ckp bln2 simpan le skit duit utk nak belanja time sesak2 cam ni. Dah le kita ni keluarga jauh buatnya mlm2 org call bg tau keluarga kat kg sakit ke ape ke cam ne...tak kan nak gi ketuk pintu rmh org pinjam duit.
hubby terus diam... than aku tanya lg "cam ne nak blk tak"
masa ni lah aku bengang sgt dgn jwp dia. siap dia boleh kata ape tau..
hubby : dia meninggal bkn nye pasal ape kan.. ni penyakit yg cari sendiri kan?
dalam hati aku mmg lah tu penyakit yg di cari tp kau tok leh nak ckp cam tu. Belum kena btg hidung sendiri takpe lah kau cakap cam tu, esok lusah dah kena sendiri baru dia tau cam ne perasan org yg dia cakap dulu tu (walaupun org tu tak dgr tp tu sedara aku tau). Kengkadang hubby ni suka menilai org yg dia tak kenal tu melalui luaran je. Penah sekali tu my cousin balik kg. dia ni baru je first time jumpa, dia boleh kata ape tau "alah pumpuan tu mesti ade org bela/taja dia tah dato' ke, Tan sri ke, Tengku ke, dah le tak keje pakai BMW lagi...." (tak ke sakit hati kau dgr ayat cam tu. Sedara kita lak yg dia ckp tu. Yg buruk tu sedara aku je, yg baik tu sumer sedara kau). Kengkadang aku jwb gak "knp awak kenal ke pompuan tu, knp... dulu awak ade penah sponser dia ke? " kengkadang ape yg keluar dr mulut dia tu sumer jwp tak logik berdasarkan tiori yg dia tau je...(konon2 dia ni tahu lah dlm segala hal)
balik pd cite tadi tu... aku ingat boleh le balik sorang tompang sesapa sedara aku yg nak balik, tp dia still x bagi. At last kitorg pun tak balik lah. So aku call ma bg tau tak balik. bila aku cita kat ma hal tu (tak le aku cite ape yg dia cakap tu, ade le aku tapis2 skit) ma suruh aku jgn gadoh2 ngan dia. Kalau dia tak bg balik tak yah balik ma kata. Tension aku... so aku pun fikir secara positif lah sekurang2nya aku dah melawat kat hospital td kalu tak pat balik pun tak pe lah... Sejak dari mlm tadi aku tak tegur pun habby sampai le aku nak gi keje pg tadi bila hubby cium aku, baru le hilang skit mara tu... dia siap buatkan aku brekfast pg tadi. MAGIE goreng.. (alah sebenarnya magie rebus je.... celurkan magie tu, than masuk kan perisa tu dan gaul kan sampai rata)

13 Comments:

At 5:16 PM, Blogger NONIE AZIZ said...

Sabaq Lem...Kengkadang benda2 macam memang berlaku dlm rumahtangga..aku pun kengkadang ada gak bertikam lidah ngan baba tetambah ngan mulut dia yg kekadang aku rasa pedih..Tapi kita kena think positive...jangan amik hati sangat...Salam takziah utk keluarga mak sedara ko...

 
At 6:07 PM, Blogger lempoyak said...

MR : mmg org lelaki ni kalau ckp tak penah fikir kan perasaan org pompuan.. ckp ikut sedap mulut je. ingatkan pompuan je mulut leser, tp lelaki kalau cakap lg tajam dr pisau.

 
At 7:52 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

Jadi isteri ni kene byk sabo.. mmg kdg2 mkn hati.. tapi mkn hati tak bermaksud kite ni lemah..asalkan keluarga kite tak porak peranda..sket2 terasa ati tu takpe laa... sabo ek Lempoyak.lelaki ni mmg dia kdg2 mcm gitu..Takziah utk keluarga makcik ko..

 
At 10:28 AM, Blogger oren said...

masa aku mula2 kawen dulu, selalu gak jadik kes camni..hubby ok, takde la laser ke, hapa ke, cuma duit memanjang takde..semua benda pakai duit aku dari hal2 kecik makan hari2 sampai le kalau sedara mara dia datang..

by the time dah 3-4 tahun kawen, aku ingat baru korang buleh ok..but at this moment, sabar jek la...

And takziah la pada ngko sekeluarga atas pemergian abangX tu..

 
At 10:35 AM, Blogger Mas said...

Takziah untuk keluarga mak sedara ko.
Aku lak, selalunya aku yg selalu buat hubby kecik ati tapi sejak pregnant ni aku dah berubah.Insyaallah ia akan kekal.
Aku pun dulu ada sedara yg meninggal sebab AIDS, aku malas balik tapi hubby nasihatkan buruk baiknya dia tetap sedara aku.
Tak perlah insyaallah mak sedara ko paham, lagipun doa ko sampai pada abg sedara ko tu walau dari mana pun ko doa untuk dia.

 
At 12:12 PM, Blogger lempoyak said...

thanks pd sumer yg bg ucapan salam takziah tu..

jem-: aku ni je selalu nak kena sabar dgn hubby..

ayu -: aku ni dah byk sgt sabar.. tp sampai bila. aku x le terima yg dia selalu buruk kan kuarga aku.

OREN-: hubby aku pun cam En ayah tu jugak.. duit ade tp tak tau belanja ke mana. Sumer dlm rmh aku yg tanggung. kengkadang Duit belanja dia pun aku yg bg. Hujung bulan dia bagi 200 tapi esok lusa mintak balik 100. cam ne tu..? baik buruk dia tu ttp laki aku gak...

MAS-: aku harap perubahan kau tu akan kekal jgn masa pregnant, tp sampai bila2...

 
At 3:08 PM, Blogger oren said...

eeiiii..sebijik macam kes aku..tapi bak kata akak2 senior yang selalu bagi nasihat kat aku--sabarrr.....la nih keja pun dah agak stabil, maklumla, beban study dah takde..so tak le srabut sgt otak aku dok piker semua tanggungan..lagipun kalau aku sedih, aku ada little power rangers utk aku peluk...

sabar la yek..toksah serabutkan otak..memang natural la kalau kita 'bias' pada sedara sendiri..it's normal..maybe bila dah ok ngko kena slow talk ngan dia..cakap dlm perkahwinan, kita bukan kawen ngan individu tuh jek, tapi kawen ngan seluruh ahli keluarga dan sanak sedara spouse kita..

 
At 4:30 PM, Blogger NONIE AZIZ said...

Lem: apa yang aku nak kongsi ngan ko kat sini..kawan2 aku cakap thn 1-5 umur perkahwinan mmg kekadang mcm-mcm hal yg boleh kita bergaduh..So untuk tak mengeruhkan keadaan cuba slow talk ngan hubby..aku memula dulu aku ni boros..baba selalu bising pasal hujung bulan duit aku selalu kering..Selalu korek dari aku punya saving acc. Baba selalu gak bising mcmana aku belanja duit gaji aku..memula tu aku memang tak leh terima cara dia kondem/ bebelkan kat aku..Tapi ada satu hari baba slowtalk ngan aku, aku tak boleh habiskan duit aku macamana aku bujang dulu..sedikit demi sedikit aku leh le terima pakai cakap dia..kekadang ego kita ni tinggi kita jer betul..org ego mcm aku ni kena slowtalk..kenapa dan sebab apa kena jimat..so..lama2 hati lembut..So trylah slowtalk ngan hubby jgn bebelkan dia..Kekadang org macamni dia lagi tak heran...

 
At 12:02 AM, Blogger WRA said...

takziah lempoyak utk famili sedara tu...

tang hubby tu, semua dah cakap kat atas...mmg org lelaki ramai yg cam tu...bila cakap tak de lapik2...bila kita tersilap cakap sikit, tau pulak dia nak marah dan kecik hati...tapi hati kita tak pernah nak dijaga huhuhuhu

 
At 3:58 PM, Blogger aNIe said...

lempoyak...takziah buat mak sedara tu...kak lady pun ade sepupu yang meninggal camtu jugak...tapi tak sempat nak melawat masa dia meninggal...alah..orang lelaki ni biasalah..kalau cakap ikut sedap mulut...kalau bertindak pun ikut suka..kita yang isteri kene banyak bertolak ansur...cam kak lady 20+ kahwin pun kadang masih ade kata-kata yang menyinggung perasaan...macam dia belum kenal lagi saper wife dia ni...tp bila dia pujuk je dah cair

 
At 4:01 PM, Blogger aNIe said...

eh...lempoyak pun orang melaka ke?

 
At 9:08 PM, Blogger uDA said...

takziah utk sedaramu itu lempoy.

biasa la..kita yang isteri2 ni mmg kena slalu beralah. *best betul la ramai geng2 isteri2 dan ibu2 kat sini hehe*. kan? mmg kdg2 apa dia cakap tu, kita terasa hati. kalau ikut perasaan nak menjawab jek, tapi lebih baik tahan..jgn menjawab. *kdg2 aku jawab gak sikit thihihi*. kalau tak lagi pjg cerita. makan dalam tu biasa la..nak wat camana. kita pun tak perfect jugak kan. pk kan dapat pahala lebih..itu jek la. ok lempoy. sempoi...hehe

 
At 11:42 AM, Blogger lempoyak said...

thank pd sumer blogger-:(MR, JEM, AYU, OREN, MAS, KAK WAN, KAK LADY, UDA) yg bg komen dan pendapat kat sini. kesimpulan nya, sebagai isteri kita mesti ada sifat sabar, bertolak ansur dan faham memahami dlm perkhawinan ini. diam itu tak bererti kita takut, tp sekadar tak mahu perkara tu berpanjangan. mungkin dgn cara slow talk tu boleh buka kan minda dia yg dah berkarat (dgn idea2 yg tak logik tu)

ROJAKBUAH-: sebenarnya aku pun bkn nak kutok laki aku kat blog ni, just nak mintak pendapat pd blogger2 yg senior2 dlm hal rmhtangga ni. Tolong lah aku tak reti mkn budu hatta cincalok pun aku kurang minat gak...

KAK LADY-: yup..saya org melaka...

 

Post a Comment

<< Home