Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Thursday, December 15, 2005

Mimpi.....

hari dah 2hari hubby tak sehat demam,batuk & selsema. Setakat hari ni belum ade tanda2 yg dia nak kene semput. Selalu tu bila tak sehat je mesti semput pun kene skali.. bila dah semput tu aku leh yg kene dok perhatikan dia. Mmg tak leh nyenyak tido malam, kjb2 nak bgun betul kan bantal dia, gosok kan minyak kat badan. Nasib baik semput dia tak seteruk BIL & FIL.. Kesian aku tgk hubby 2hari ni terbaring je atas sofa tu... Ajak gi klinik tak moh, nanti deman tu reda sendiri katanya.. lepas makan je aku bg dia ubat selsema aku tu (mmg power), & pelnedol 2 bijik. Lepas makan selimutkan trus dia terlena tido. Aku pun ape lg sama2 le join dia tido.. semalam awal gak tido..

Aku tak tau lah kenapa seminggu ni aku selalu je mimpi yg bkn2... Mcm dua hari lepas aku mimpi yg aku ni betol2 tgh sakit nak beranak. Padahal ngandong pun belum lg. Masa tu yg sambut baby tu lelaki india kat hospital... tp hospital tu mcm hospital lama2(aku perasan katil&almari hospital tu stail spital dulu2) gelap lak hospital tu... Aku terasa sakit betul2 cam nak beranak lepas tu terasa cam kepala budak tu dah terkeluar dari situ.... masa tu pinggang aku sakit sangat. Bila baby tu dah keluar terus mimpi tu hilang. (rasnya aku dah alami mimpi cam ni dah 2 X. Dulu tu cuma mimpi ngandongkan baby kembar 4 je...) lepas tu aku terkejut dr mimpi tu sambil air mata aku meleleh2. Aku rasa tapak tgn aku semua sakit2 bila tgk tapak tgn aku sumer dah merah2 sebab pegang kepala katil kat bilik aku dgn kuat sgt... MMg mcm real je boleh menangis... bila bgn pagi tu hubby tanya knp mlm td tido mcm org nak perang... jab kaki kat atas badan dia, kejab tendang dia, Jab lagi tgn pulak kene muka dia. Dia malas nak kejutkan aku masa tu sebab dia dah biasa..tp semalam katanya lain skit tendangan tu mcm org tgh main bola. Aku ni mmg tido lasak sgt... tu pekara buruk yg tak le tinggal. Dulu aku penah gak dgr cita2 cam ni (org mimpi lahirkan baby masa tido) maksudnya ade org halus nak amik baby dia. Tp org yg selalu mimpi tu biasanya org mmg dah mengandong at lest 3-4 bulan ke.. ni aku mengandong pun belum dah mimpi2 benda cam ni. Bila nak gi kje tu baru le aku cita kat hubby, tp dia gelak kan aku. Dia kata aku ni dah kemaruk sgt nak beranak sampai terbawak2 dlm mimpi... Rasa2nya cam betul je ckp hubby tu coz aku ni dah kepingin sgt nak baby... aku ingat nak cita pd ma nanti ttg mimpi tu tp... ma mesti tak percaya benda2 cam ni. Even ma aku ni nak pegi berubat secara tradisional pun dia tak percaya. Malam td pulak aku mimpi yg rmh aku tu masuk pencurik. Sedangkan masa tu aku ade rmh ngan adik pompuan aku (hubby tak de lak dlm mimpi tu) . Perompak tu umpil tingkap dr bilik aku. Tiba2 aku teperasan dia dgn dua2 terkejut. Aku lak dlm ketakutan tu pi mintak tolong ngan jiran. Jiran yg dpn rumah tu pun penakut gak... Nasib baik bdk bujang sebelah rmh aku tu ade dia tolong suluh kan kat bawah rmh... tgk penyamun tu dah berambus.. bila aku check tgk tabung syiling aku yg setinggi bdk setahun tu dah hilang (duit dlm tabung tu kalau penuh mau dkt seribu gak dlm dia).. terus aku nangis.. bila aku terkejut dr tido je trus kejutkan hubby bg tau dia rmh masuk pencurik . Dia terus bangun (mmg kelaka masa ni... aku ni bangang mcm betul2 rmh masuk pencurik) aku bukak lampu nak carik tabung tu... (sayang wo kalau hilang, masuk ni dah 2x penuh dah) peh nasib baik ade lg.. terus aku check tingkap bilik aku tu. hubby dgn perasaan marah terus sambung tido balik.. aku ni pulak terkebil2 tak leh tido tgk jam baru pukul 4.30a.m. Dalam dok pikir2 mana nak simpan tabung tu aku terus terlelap sampai ke pg. Bgn pg td lg kene marah dgn hubby.. ye lah mimpi yg bukan2.. lepas satu2 mimpi dia. On the way nak gi keje tu telinga ni dah nak kebas dgr dia ceramah... Ye lah bkn aku nak mimpi cam gitu.. dah mimpi tu datang sendiri dlm tido aku... Nak kata tak basuh kaki...rsanya sebelum tido tu siap mandi lg (aku selalu nak tido tu baru mandi)... dari kedua2 mimpi ni aku tak tau ape petunjuk Allah tu nak bg.. Aku pecaya mungkin ade hikmah di sebalik kedua 2 mimpi ni....

7 Comments:

At 5:20 PM, Blogger Sya said...

lempoyak.. selalu fikir yg bukan-bukan sebelum tido kot sampai jadi camtuh.. cuba berwudhu dan baca 3 Qul sebelum lelap.. Insya Allah. Tang citer beranak tu memang rasanya tiap orang pompuan pernah alami terutama kalau nak sgt dpt anak..

 
At 8:15 AM, Blogger Mas said...

Hari sebelum tau dapat transfer tu aku siap mimpi tak dapat transfer.
Mas mula2 pregnant dulu, aku ada gak mimpi baby aku boy, kulit ikut hubby hitam manis tapi comel. Masa aku mimpi dia kluar tu umo dia 6 bln. Hehehe ngandung gajah apa.Kluar2 jer dah pandai buat bunyi-bunyian. Maybe masa tu aku takut dan tak redi nak jadi ibu. Mimpi tu ler yg mengubah aku.

 
At 9:20 AM, Blogger oren said...

kelako betui bab mimpi rumah masuk pencurik...tapi mimpi tu cuma mainan tido...macam kak Sya cakap, amalkan berwudhuk dan baca ayat kursi ke, apa2 jer la..hendaknya kita dapat tido ngan aman...

 
At 10:54 AM, Blogger NONIE AZIZ said...

hehehhe...lawak betul ko punya mimpi...tak pe kot tu...jgn pikirkan sgt...

 
At 10:54 AM, Blogger lempoyak said...

kak sya : mungkin kot..tu le sebab dpt mimpi yg bukan2.. insyaalla lepas ni nak amalkan ayat 3qul tu..

MAS : kalau betul le lepas ni aku boleh pregnant.. alhamdulillah, ddah lama aku menunggu..

OREN : ko tau tak semalam blk rmh je terus kena gelak ngan hubby.. pasal kes mimpi pencurik tu masuk rmh.. malu aku tau.. insya'allah lepas ni aku akan amalkan baca ayat2 tu sumer.

 
At 10:57 AM, Blogger lempoyak said...

MR : ni sumer mkin pasal terlalu mengharap sgt le ni..sampai terbawak2 dlm tido.. mcm bkd kecik tu, kalau dah bermain seronok sgt tido mlm mesti mimpi sambil tergelak2..

 
At 1:20 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

ha ah le lempoyak..ko nih main landing jek nih hehehe tak basuh kaki hehehe... apapun.. biasanya apa yg kite pikir sebelum tido tuh la masuk dlm kepala kite

 

Post a Comment

<< Home