Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Tuesday, January 17, 2006

baby oh baby

Rasanya mcm dah lama aku tak mengupdate blog ni (bkn lama manapun baru seminggu).. tak tau le knp rasa mcm tak de je idea nak tulis. Walau pun aku tak mengupdate blog aku n,i tp aku selalu gak menjengah blog member2. Blog oren dah lama tak berupdate, blog jems pulak tak tau knp masuk je blank, blog mas pulak mungkin bz sgt (maklumlah baru je pindah perlis) sampai hari ni blum update lagi, blog nero pun sama.. tah2 sumer ahli persatuan ibu2 mengandungi ni tak sehat kot. Ada sapa2 yg tau keadaan mereka, sila membuat laporan dr semasa ke semasa. Apa eh nak tulis hari ni... oklah aku nak mintak pandangan korang sumer lah. Sebenarnya cam ni masa hari raya hj hari tu aku sempatlah blk melaka(dpt lah aku beraya kat melaka). mlm aku sampai tu ma ajak aku gi jln raya rmh bakal MIL sepupu aku, family tunang dia ada buat korban pg tu, belah mlm diorg buat kenduri skit... mula2 ingatkan tak ramai pegi last2 dtg 9 buah kereta.. teperanjat org sana (tu baru dtg jln raya,kalo pegi bertandang nanti rasanya nak kena sewa bus ni...). Tgh dok mkn tu aku borak2 lah ngan sepupu aku sorang ni.. aku dgr cerita sorang maksedara aku ni ade leh jg anak org. Dgr cerita mak bapak dia tak nak bela baby tu. Sanggup pulak mak bapak dia serahkan baby ni kat org pulak (baby tu baru 2bulan) dengar cita lg baby tu anak kawan kpd ank dia (H) punya. Dgr pulak satu versi lg tu cucu dia (anak si H tu), tp tak tau mana yg betul sbb sumer kunci mulut tak nak bg tau (konon2 nak berahsia lah) tak pe satu hari nanti kita tau gak.. Esok tgh hari nya mak sedara aku tu muncul lah kat rmh aku kebetulan dia ikut mak sedara aku sorang lg ni hantar adik aku balik sekolah. Dia dtg bwk baby tu.. aku tgk cute sgt, baby tu pompuan lak.. geramnya aku, tp... kuat melalak. Aku ni apa lagi, peluang yg ade aku cuba lah risik2. Kata maksedara aku tu, mak baby tu yg tak nak jg, malas lg boleh biarkan baby tu dlm buaian seharian sampai tengkuk, muka, bontot baby tu merah2 (melecet peluh), mmg tak tau nak jg... tak tau le cam ne mereka ni... org yg tak de anak berposak nak dpt anak, mereka yg di beri kelebihan mempuyai anak langsung tak hargai perluang tu... aku ada gak nak mintak baby tu... tp mak sedara aku kata nanti baby tu dah setahun dua mak dia nak balik.. cam tu senang nye mak dia ni.. aku ada gak bincang ngan hubby pasal nak amik anak angkat tu.. tp hubby kata jg anak org tak sama ngan ank sendiri... mmg betul kata hubby tu.. tp kalo betul lah baby tu anak sedara aku, apa salah aku jg kan bukan nya org lain.. aku pun bkn apa niat aku sebenarnya, mana tau lepas aku dah amik anak org lepas tu ade rezeki aku tup..tup ngandong anak kembar (maklumlah aku ni ada baka kembar).. cam maksedara aku dulu tak de anak pompuan, lepas tu amik anak pompuan kakak dia lepas dua tahun rezeki dia dpt anak pompuan. Kengkadang budak2 ni ade bwk rezeki masing2. Cam ne pandangan korang.... patut tak aku amik anak angkat ni...

11 Comments:

At 1:49 PM, Blogger Arena said...

Selalu jugak dengar, lepas ambik anak angkat, lepas tu Allah kurniakan dengan anak sendiri. Rezekilah tu. Lagipun dah tak stress nak dapatkan anak dah masa tu. Bila tak stress senang sikit nak lekat. Wallahualam.

Apa2 hal pun kena dapat support from your husband. kalau diorang tak nak dan tak ready baik tak yah. Tapi kalau dia kata OK, then tak rugi cuba. My ed is not to keen about adoption so we are still trying..

 
At 2:44 PM, Blogger Sya said...

apahal pun bergantung pada suami. Persetujuan dia amat penting, kalau dia kata OK boleh ler.. kalau dia kata "suka hatilah" baik jgn sebab nanti dia rasa terabai.

Itu ajer nasihat kak sya

 
At 3:56 PM, Blogger NONIE AZIZ said...

Betul cakap kak sya..better ko minta persetujuan dari hubby...yelah..sekurang2 life korang nanti dua2 enjoy bukan sebelah pihak jer!

 
At 4:10 PM, Blogger ibuVouge said...

betui kata kak sya,
kalau amik lempoyak bfed baby tu , dah jadi muhrim..anak angkat pun bleh bfed.
cara terbaik buat sunat istikharah, tapi sian baby tukan, meh bagi kat IV la, bleh ada kawan AFIF ngan ALYA
errrr lupa..blog hope dr blog mas,salam perkenalan

 
At 4:12 PM, Blogger ibuVouge said...

betui kata kak sya,
kalau amik lempoyak bfed baby tu , dah jadi muhrim..anak angkat pun bleh bfed.
cara terbaik buat sunat istikharah, tapi sian baby tukan, meh bagi kat IV la, bleh ada kawan AFIF ngan ALYA.
mas nak tambah lagi..
setiap baby ada rezeki memasing
errrr lupa..blog hope dr blog mas,salam perkenalan

 
At 4:23 PM, Blogger oren said...

ada risiko gak sebab depa dah kata nak amik balik baby tu after setahun dua...kalo ngko tak kisah, takpe la...tapi nanti takut makan hati..dah kita bela penat2, depa senang2 nak amik..

Tapi betui cakap hubby ngko, jaga anak sendiri tak sama ngan jaga anak orang, selain rasa kasih sayang, susah nskit nak ajar anak org..kalo anak sendiri, ngko piat ke, picit ke, org tak kisah...

 
At 12:03 AM, Blogger aNIe said...

aha.. lah lempoyak...kene tanya hubby tu dulu..tapi kan kalau betul2 nak buat anak angkat kene ikut procedure betul-betul..takut nanti kita dah pelihara elok2 anak dah besar...kita dah sayang...mak dia atau suami dia dtg tuntut balik...tu semua kene fikir elok2.

 
At 9:47 AM, Blogger NeroEcha said...

Better kalau hubby setuju kalau tak payah le..susah nanti..

 
At 11:23 AM, Blogger lempoyak said...

arena : aku pun cam ko gak sampai ke saat ni still masih mencuba. Kalo ikut kan mmg tak nak amik anak angkat ni.. tp tah lah aku sunyi sgt..

kak sya : alah kak sya ni bkn rasa terabai.. hubby takut dia tak le nak berfoya-foya selalu..

MR : aku skrg tgh memujuk dia lah ni.. tp kan rasanya kalo ade baby ni mungkin hidup kami lebih enjoy kot...

iv : tima kasih sudi jengah blog ni.. tahniah atas kelahiran LC.

oren : tu lah satu cabaran bela anak org.. jgn kata mak dia nak mintak balik.. esok lusa dah besar skit bila dah kenal mak bapak dia dgn kita ni buat do no je.

kak lady : tu lah ade gak dgr org kata nak amik anak angkat ni byk procedure.. cam dulu2 tu senang tak yah nak fikir kemudian hari..

nero : insyallah kami akan bw berbincang perkara ni...

 
At 1:49 PM, Blogger izawani said...

Ok... ni citer daripada orang yang berpengalaman... cewaaaaaahh... ok.. boleh juga ambil anak angkat dari sedara mara sendiri, tapi sama juga ambil dari anak orang lain yang yatim piatu (boleh daftar di rumah kebajikan, dalam 2 bulan atau kurang boleh dapat baby). Keburukkan ambil anak saudara mara, mereka masih hidup, so, kemungkinan mereka sayangkan baby mereka (yang ada pada kita) lebih daripada anak yang ada pada mereka sendiri. Kita terpaksa beralah pada sesuatu janji... (jika ada masalah dalam hubungan suami isteri). Kita serbasalah nak jadikan anak angkat rasmi, sebab keluarga kita rasa macam dia tak bley tuntut semula... dan lain lain lagi...
Ambil anak angkat yatim senang cerita, just beri b/fed, lepas tu jadi muhrim. Mak ayah dia tak leh tuntut dah... pandai la kita mencorak dia mudahan dia lebih menghargai kita.

Pasal susah nak mendidik anak, kalau anak sendiri pun, kekadang dah besar jadi setan juga... so, berdoa saja la...

Pasal bincang dengan hubby tu, ok, tapi sebenarnya lelaki ni memang slow skit. Dia akan sayang anak tu bila dah berada dalam lingkungan dia, tu pun amik masa berbulan. Kalau dia sanggup nak bersama-sama ke jabatan masyarakat tu pun kira ok dah. Tak payah suruh dia care banyak banyak, memang tak dapat punya, sedangkan anak dia sendiri hak dalam perut isteri dia pun kekadang dia tak rasa sayang lagi. Then bila ada anak dia dah lahir pun, kekadang suami masih tak dapat tunjukkan caring lagi... so, jangan risau...

Take time skit hubby nak care anak dia.

 
At 4:12 PM, Blogger lempoyak said...

kak wani : jgn kata nak gi JKM... nak ajak gi check kat klinik sakit puan pun susah.. katanya sabar..sabar..dan terus sabar lah sabariah.... thanks for this comen

 

Post a Comment

<< Home