Semalam, Hari ini & Selamanya..

Lilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, June 23, 2006

kisah hidupku.....

Sebenarnya cite ni mmg dah lama aku nak tulis tp aku tak tau cam ne nak mulakan.. Ianya merupakan kisah perjalannan hidup kami sefamily yg sering di pandang hina oleh kuarga papa. Tak tau lah apa salah kami.

Seingat akulah dulu papa mmg tak berkerja cuma tolong nenek meniaga. Papa tak sempat nak habiskan persekolahan, setahu aku papa penah cita yg dia cuma sekolah setakat darjah 6 shj. Lepastu terpaksa tlg nenek meniaga. Dr menjual kuih naik basikal sehingga lah nenek dpt buka kedai perhiasan kat bandar melaka. Mama pulak sek sampai ting 5 lepas tu dpt tawaran jd polis. Habis rekerut mama terus di tugaskan kat bandar melaka sehingga sekarang. Kat melaka lah mama jumpa papa. Yg aku tau mama bkn lah menentu pilihan dlm kuarga papa. Di sebabkan mama je sorg yg berkerja, ditambahkan masa tu kami 3 beradik lahir sethn satu., mama tiada pilihan terpaksa duduk rmh nenek. Seingat aku masa tu mmg ramai adik beradik papa yg tingga kat rmh nenek.. even sumer dah berkeluarga. lg satu mmg tabiat nenek aku yg tak bg anak2 dia ddk berasingan, mungkin senang bg nenek nak kawal peri laku anak2.

Pernah satu hr raya tu mama & papa dah planing nak blk ipoh, konon nak sambut pg raya kat sana lah (sjk mama kawin ngan papa mmg tak pernah sambut pg raya kat ipoh sehingga lah skrg pun) tp dua hr sebelum tu nenek dh bermasam muka ngan mama& papa sampai tak bertegur sapa. Nenek siap ckp jgn naik kete merah tu (tak salah jenis toyota). Mmg lah tu kete nenek sebab nenek yg bayar bln2. Apa salah bg kami pinjam sekejab, nak blk kg mama je. Tp tak pe mama &papa ttp bersabar je. My parent bertekat naik bus. Masa tu aku ingat lg tabung ayam kami adik beradik jd mangsa sbb duit yg papa kumpulkan nak blk kg mama tu nenek mintak balik (duit tu sebenarnya duit gaji papa hr2 tlg nenek meniaga). Akhirnya kami dpt blk raya kat ipoh gak (itulah yg pertama dan terakhir). Mama penah kata tok wan pesan pd mama, selagi hidup nenek dia tak galakkan lg mama balik berhari raya kat ipoh. Bkn mereka merajuk tp tempat isteri disisi suami. Bila dah berkhawin dan duduk dgn mertua kena dgr kata mertua.

Bila kami semakin membesar... mama pernah suarakan pd papa yg mama nak beli rmh sendiri dan mulakan hidup baru anak beranak. Papa setuju. Akhirnya mama dan papa dpt cari sebuah rmh flet je. (Dulu2 ade satu pakej yg mana rumah tu boleh kita sewa selama beberapa tahun, bila pemaju dah untung dr duit sewa tu pemaju akan jualkan pd kita dgn separuh harga). So disebabkan my parent tak ckp duit nak beli rmh, mama setuju dgn pekej tu. Bila dh setuju dan segala surat perjanjian dh di sign... nampaknya tak lama lg kami sekeluarga akan berpindah kesana. Tp sekali lg dtg masalah... bila nenek dpt tahu je terus nenek bising sana sini bg tau yg mama beli rmh tu guna duit meniaga nenek. Ye lah masa tu mama pun baru je keje berapa le sgt gaji polis masa tu.. papa pulak tak keje. (mereka ni sumer tak tau hujung pangkal terus tuduh2, lebih2 lg byk batu api belakang nenek). Bila nenek dah bising2 mama pun dah tak kuasa lg terus bg nenek kunci rmh tu. Nenek pulak dgn senang hati bg kunci rmh tu pd pak ngah. Bg dia anak beranak duduk rmh tu. Sedang kan (rmh tu atas nama Mama, Papa, aku, adik L, adik S ngan abg sepupu aku abgW je) kami lgsung tak dpt ddk sehingga sekarang. Utk pengetahuan sumer skrg rmh makcik Z yg ddk(adik ke4 papa) dan masih lg belum habis byr sehinga pihak bank mencari kelima2 penama diatas surat perjanjian tu. Mama pernah pesan pd kami adik beradik, bila mama & papa dh takde jgn sesekali kami adik beradik pertikaikan ttg hak rmh tu lg sbb apa yg mama ngan papa tinggal kan skrg dh ckp utk kami 9beradik. Aku pun mmg tak de hati ngan rmh tu, walaupun aku selalu gak singga rmh makcik Z tu.


akan bersambung.....

6 Comments:

At 9:57 AM, Blogger oren said...

sbb tu dlm islam, kalo buleh, lepas kawen, baik duduk asing dari family..takut ada campurtangan yg tak diundang, cam kes papa dan mama ngko nih...

jgn lupa sambung nooo...

 
At 9:09 AM, Blogger Angah said...

hmmm.. family angah plak, lepas ayah meninggal dunia terus family sebelah ayah buat bolayan jer ngan kami.

Aku pun sepuluh kali bolayan ler ngan depa. Mintak tolong? buleh.... buleh BLAH!

 
At 10:58 AM, Blogger izawani said...

Hmmm... satu cerita yang akan menjadi iktibar kepada kita dan anak cucu kita...

Waiting your entry...

 
At 11:53 AM, Blogger lempoyak said...

oren : tunggu sambungan seterusnya .....

angah : biasalah kes cam tu, bila kita senang sumer mengaku sedara.. bila time susah sendiri mau ingat lah ....

kak wani : mudah mudahan ianya tak akan berulang kembali...

 
At 11:05 AM, Blogger Mek Nab said...

Erm....org tua selalu mmg byk songeh..

 
At 2:49 PM, Blogger Nizam Rosli Photography said...

Kalau you all tak suka, tak mengapa, saya tak ambil hati, I just share what I LIKE :-) ----> http://nizamrosliphotography.blogspot.com/

 

Post a Comment

<< Home