last weekend aku sempat balik melaka jab.. semata-mata nak mkn masak asam tetel ngan masak lemak siput sedut mama. Aku balik sorang je, hubby keje. Ni kali ke-2 aku balik melaka sorang diri naik bus. Aku ambil bus dr kl kol 11 am sampai kat melaka pkl1pm. Niat di hati nak blk melka hr jumaat mlm tp memandangkan byk keje nak kena settle kan kat rmh tu, so aku soh hubby hantar kat pudu sabtu pg tu. Aku sampai melaka papa dah sedia menanti kat terminal bus dgn baby(are-are), wah dah bertambah cute lg are-are skrg ni. terkebil2 mata tgk aku..
Sebenarnya tgh hari tu aku nak ajak mama gi mkn nasik briani, mlm nanti baru aku nak mkn masak asam tetel tu, tp masa aku sampai tu dr pintu rmh aku dah terbau masak asam tetel mama terus je terbuka selera nak mkn..lebih2 lg ditambah sambal belacan ngan ikan kering apa lg melantak le aku tak henggat dunia, Lepas mkn bersantai2 le kat rmh tu, sambil melengkau mcm ulau(tido). Sedar2 je dah ptg (lebih kurang 6pm). Lepas mandi ajak mama gi cari nasik briani alhamdulillah dpt aku mkn walaupun tak byk, cuma amik rasa je. Mcm mana nak mkn byk, nasik yg masuk tghari tu pun belum betul2 hadam lg. tu lah agak nya selera org peknent kan...
Mlm tu aku sengaja je bwk are-are tido ngan aku, boleh gak aku rasa cam ne le ragam budak kecik tido mlm, so mcm traning lah gak. Tp are-are ni tak byk kerenah pun. mlm tak terjaga langsung. Pkl 7 lebih mama kata mmg time dia bangun nak bermain. Pas tu bagi leh mainan patung dia tu nanti dia main sorang2. Dlm pkl 9 bila dah siap mkn ngan mandi dia akan sambung tido balik sampai ke tghari.
Ahad. lepas je are-are dah tido, mama ngan papa pegi pasar aku start kemas rmh ngan buat sarapan apa yg patut. Dalam pkl 11am aku gi beli tiket nak balik kl. dpt lah tiket kol 7pm. Balik tu terus gi umah atok.. masuk je rumah terus kene marah dulu ni
"Pukul hawaw ko mcm2 nak mkn.. masak tetel lah, siput sedut lah, nasik briani lah.. kat kolumpo tu tak dpt nak cekek ke'' "Nak yg mama masak punya"" ah lepas ni ko amik no tepon kat dlm tu (baby dlm perut ni) ko tanya apa lg nak, senang nak siap kan" Aku gelak je... mcm tulah atok aku tu walaupun bahasa dia kasar tp tak de niat, cuma nak bergurau je.
lepas gi rmh atok , gi rmh mak ngah lah sj nak bertanya kabar tak lama lg sepupu aku ifa nak kawin, niat nak jumpa dia tp dia keje lak hari tu. Borak punya borak tak sedar jam dah dkt pkl 5.30 terus balik siap2. sempat lg mkn 2nd round, tapau kan sikit untuk hubby, 6.45 papa hantar kat terminal bus. Sengaja je aku amik bus kol 7pm on the way hubby balik keje lebih kurang 9pm boleh terus jemput aku kat pudu, tp di sebab kan jem teruk kat senawang/seremban aku sampai pudu lebih kurang 10pm. Hubby pulak sempat balik masak nasi ngan mandi..
Pg tadi nak bagun bukan main susah lg, 2hari aku kurang tido sebab dah terlampau seronok sgt ditambah lg dgn penat dlm bus walaupun perjalanan mkn masa 2jam lebih je tp dlm keadaan cam ni mmg tak selesa.